KRABI, FEB 2014

Tanggal Februari 2014 menjadi titik bersejarah dalam hidup aku. 25 tahun hidup, aku tidak pernah ke luar negara. Kehidupan aku hanya berkisar di tempat aku tinggal, sama juga pemikiran aku. Pemikiran yang tidak terbuka, membuatkan aku bersikap stereotaip dalam banyak perkara, kadang-kadang ia melampaui batas. Trip Krabi dan Koh Pha Ngan mengubah segalanya.

Bermulanya idea ke Thailand ini pun dari cakap-cakap kosong sahaja. Bila sudah beli tiket pun, tiada sebarang persediaan dibuat. Menghampiri tarikh perjalanan, mula lah tidak senang duduk sebab lansung tiada persediaan. Trip kami ke Thailand selama 7 hari 6 malam. Sampai di lapangan terbang krabi, kami terus membeli tiket ke Koh Pha Ngan. Perancangannya, ke Koh Pha Ngan dahulu dan Krabi sebagai destinasi terakhir. Apa yang kami tidak tahu, perjalananan dari Krabi ke Koh Pha Ngan memakan masa kira-kira 7 jam!!! Akibatnya, 2 hari perjalanan dibazirkan di dalam bas dan ferri sahaja (pergi dan balik). Pengajaran pertama yang amat berguna untuk kami semua pada trip kali ini.

Ini sahaja persediaan yang dibuat, kemas baju dan tukar duit
Ini sahaja persediaan yang dibuat,   kemas baju dan tukar duit

Setibanya kami di Surat Thani dengan bas dari Krabi, kami kemudian menaiki ferri ke Koh Pha Ngan. Nampak dari luar, bot nya nampak kukuh jadi kami yakin kami tidak akan mabuk laut. Namun jangkaan kami meleset sama sekali, baru sahaja 15 minit perjalanan kawan aku sudah meminta plastik untuk muntah. Aku pula keluar ke anjung, dengan harapan menghirup udara segar dapat mengurangkan mabuk. Sama juga situasi nya cuma kurang sedikit mabuk nya. Kelihatan pelancong berebut-rebut masuk ke tandas untuk muntah dan yang tidak sempat menggunakan plastik hitam sahaja. Aku dapat bertahan sehingga lah sampai, tapi tidak kawan-kawan aku. Semuanya tewas juga akhirnya.

Ferri Long Prayah yang kami naiki untuk ke Koh Pa Ngan
Ferri Long Prayah yang kami naiki untuk ke Koh Pa Ngan

Di Koh Pha Ngan, kami menempah awal apartment tetapi masalahnya pula kami lupa untuk dapat kan direction ke situ. Lebih kurang satu jam juga kami bazirkan masa hanya untuk mencari apartment itu. Begini lah jadinya bila lansung tidak ada persediaan dibuat untuk trip ini.

Antara aktiviti yang sempat kami buat di sini ialah:

  • Jungle trekking
  • Elephant Trekking
  • Mandi air terjun
  • Melawat kuil
  • Melawat Taman Negara
  • Night Market
Elephant Trekking
Elephant Trekking
Permandangan Haad Rin dari tempat penginapan
Permandangan Haad Rin dari tempat penginapan
Bersantai sementara menjalankan aktiviti seterusnya di sekitar Koh Pa Ngan
Bersantai sementara menjalankan aktiviti seterusnya di sekitar Koh Pa Ngan

Jika dilihat pada aktiviti yang dijalankan, sudah pasti semua nya boleh dilakukan di Malaysia namun suasana nya sangat berbeza di sini. Kawasan persekitaran Koh Pha Ngan yang sangat mesra pelancong dan penduduknya pula sangat peramah dan tidak kekok untuk membantu. Tidak pelik jika Thailand menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia walaupun banyak krisis yang berlaku saban tahun. Kebanyakan pelancong pula datang dari benua eropah dan amerika yang mengimpikan Full Moon Party di Haad Ring (Koh Pha Ngan). Mereka menggelarkan Koh Pha Ngan sebagai “ The Island That Never Sleeps” kerana kehebatan parti yang diadakan.

Public phone menjadi pengganti bila handset tidak berfungsi
Public phone menjadi pengganti bila handset tidak berfungsi

Kisah lucu di Krabi pula akan selamanya tersemat dalam ingatan aku. Kami tiba lewat malam di Krabi setelah pulang dari Koh Pha Ngan. Hotel masih belum ditempah jadi kami terus mencari bilik untuk tempoh 3 hari 2 malam. Masalah timbul bila pekerja guest house lansung tidak pandai bercakap bahasa inggeris. Puas kami cuba untuk berkomunikasi termasuklah menggunakan bahasa isyarat tetapi tidak berjaya. Lama juga pikir idea, akhirnya kawan aku cuba dengan lukisan orang lidi, dan ia membuahkan hasil. Lukisan mirip lukisan budak baru belajar melukis itu tidak di sangka dapat membuat pekerja itu faham. Itu yang membuatkan aku kadang-kadang tergelak seorang diri bila terbayangkan lukisan tersebut, simple but a lot of purposes.

Salah satu gua yang terletak di Ao Nang. Perjalanan dari Ao Nang dari bandar Krabi mengambil masa lebih kurang 40 minit. Di sini,kami menaiki bot dan menjalankan aktiviti snorkerling di Pulau Phi Phi
Salah satu gua yang terletak di Ao Nang. Perjalanan ke Ao Nang dari bandar Krabi mengambil masa lebih kurang 40 minit. Di sini,kami menaiki bot dan menjalankan aktiviti snorkerling di Pulau Phi Phi

Disebabkan masa yang agak singkat di Krabi, kami hanya melakukan aktiviti snorkerling di Phi Phi Island. Pulau nya memang cukup cantik, pasir pantai yang halus, air yang sangat jernih dan juga gugusan pulau-pulau kecil membuat kami terpegun dan terpesona sepanjang perjalanan. Jadi tidak pelik lah jika filem The Beach lakonan Leonardo Dicaprio menjadikan pulau (Maya Bay) ini sebagai tempat pergambaran. Namun begitu snorkerling di sini tidak lah begitu menarik, ikan dan batu karang nya belum cukup untuk membuatkan kami terpegun. Mungkin kerana kami meletakkan standard atau expetation yang terlalu tinggi disebabkan kami pernah ke pulau-pulau yang jauh lagi cantik dari Pulau Phi Phi untuk aktiviti snokerling. Pelancong pula terlalu ramai menjadikan pulau ini kurang sesuai untuk aktiviti yang bersifat privasi seperti menenangkan diri atau self reflection. 

Permandangan di ambil ketika berada di dalam bot

Gugusan Pulau Phi Phi
Gugusan Pulau Phi Phi
Permadangan seperti ini membuatkan kami sungguh terpegun dengan keindahan alam ini
Permadangan seperti ini membuatkan kami sungguh terpesona dengan keindahan alam ini

Kami pulang ke Malaysia dengan perasaan yang bercampur-baur, gembira kerana dapat berjalan di Thailand, sedih mengenangkan kami perlu meneruskan kehidupan yang sebenar seperti biasa. Banyak yang aku pelajari dari trip ini. Dari segi perancangan trip yang boleh dikatakan lansung tiada, membuatkan banyak masa dihabiskan untuk benda yang tidak sepatutnya.

Keramahan penduduk tempatan melayan pelancong boleh dijadikan contoh di negara kita. Negara nya pula tidak lah semaju Malaysia, tetapi kebersihan nya cukup terjaga. Sampai di Malaysia,  aku dapat merasakan kembara aku di perantauan asing tidak akan terhenti di sini sahaja. Sehingga berjumpa lagi.

Advertisements