Kembara Eropah 2014 Bahagian 3 (Paris,Perancis)

DSCF1297
London St Pancras International

Destinasi kami seterusnya ialah ke Paris, Ibu Kota Perancis yang dikenali sebagai Kota Cinta atau la Ville Lumière dikalangan pelancong. Dari Edinburgh, kami bertolak menaiki keretapi East Coast ke London King’s Cross St Pancras Station untuk transit yang  mengambil masa kira-kira 5 jam. Perjalanan kemudian diteruskan lagi dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi Eurostar  ke Gare Du Nord, Paris selama 2 jam Setengah. Apa yang unik mengenai perjalanan ini ialah terowong bawah tanah merentasi English Channel yang memisahkan UK dengan negara eropah lain.

DSCF1118
Keretapi Eurostar

 

Sebaik saja memasuki Perancis, aku berasa sungguh teruja. Sudah lama aku mahu ke sini melihat sendiri kehebatan senibina-senibina agung masa lampau seperti Eiffel Tower dan Arc De Triomphe. Kami melepasi perkampungan-perkampungan kecil mahupun bandar-bandar seperti Calais, Berck, Abbeville dan Amiens sebelum tiba di Stesen Gare Du Nord. Permandangan sepanjang perjalanan sangat cantik tetapi sedikit terjejas akibat tahap kebersihan yang agak mengecewakan terutamanya bila kami tiba di Ibu kota Paris.

In the end,we only regret the chances we didn’t take – Unknown

Menginap di Le Kremlin Bicetre iaitu kira-kira 40 minit perjalanan Metro dari Gare Du Nord, kami segera ke sana memandangkan hari sudah agak senja.

20140612_115137
Le Kremlin-Bicetre

 

Eiffel Tower

gallery-1444338501-eiffel-tower-at-night
Permandangan Eiffel pada waktu malam

Menara Eiffel  ialah sebuah menara besi yang dibina di Champ de Mars bersebelahan dengan Sungai Seine di Paris. Menara ini merupakan menara tertinggi di Kota Paris malah sudah dikenali seluruh dunia sebagai simbol bagi Negara Perancis. Dinamakan bersempena perancangnya, Gustavel Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005  dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina . Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

DSCF1390

Awal-awal pagi keesokan harinya kami bergerak ke Eiffel Tower dengan menaiki Metro dan turun di stesen Champ de Mars/Tour Eiffel. Tujuan kami untuk tiba awal di sini dengan harapan dapat mengelak kesesakan para pelancong namun sebaliknya pula yang berlaku. Kelihatan perkarangan Eiffel sudah dipenuhi dengan lautan manusia. Menurut Taufiq, keadaan seperti ini tidaklah luarbiasa lagi-lagi pada musim panas. Namun kami tetap bersyukur seadanya kerana telah berjaya sampai ke sini dan dapat melihat sendiri kehebatan monumen Eiffel Tower ini.

DSCF1403

 

20140612_132308

Pada mulanya ada juga niat dihati ingin naik dan melihat bandar Paris dari Eiffel Tower. Namun bila melihatkan barisan panjang para pelancong yang sudah beratur, kami segera melupakan hasrat tersebut. Kami berjalan-jalan di sekitar Eiffel Tower dan juga di perkarangan taman yang berdekatan, mengambil seberapa banyak gambar yang boleh untuk dijadikan kenangan. Walaupun para pelancong sangat ramai kami tidaklah terasa begitu terganggu malah masih mampu menikmatinya dengan tenang. Cuma kehadiran penjaja-penjaja haram yang bersikap agak menekan semasa menjual barangan mereka membuatkan kami berasa kurang selesa. Ada juga scam yang meminta pelancong menulis nama diatas kertas derma namun meminta duit dengan kadar yang berlebihan. Sebelum pulang kami singgah di kedai cenderahati berdekatan dengan stesen metro untuk membeli sedikit saguhati.

20140612_125711
Barisan panjang pelancong yang beratur untuk membeli tiket

Trocadero

Petang hari aku keluar bersama Mira ke Trocadero. Di sini kami dapat menikmati permandangan Eiffel Tower yang lebih cantik. Kami bernasib baik kerana sebaik sahaja tiba di Trocadero, kelihatan persembahan jalanan berkemungkinan besar dari pelancong negara Arab dan Jepun.

20140612_192641

20140612_194516

Selepas itu kami sempat ke Paris Saint German dan Lourve sebelum pulang ke apartmen.

musee-du-louvre
Lourve

Adakah Paris Layak Digelar Kota Cinta?

Bandar yang agak kotor, warga tempatan yang kurang peramah, kebanjiran imigran yang berleluasa, scam dan sebagainya. Adakah ini ciri-ciri sebuah kota cinta? Pada pendapat aku, Paris boleh dikatakan sebuah destinasi perlancongan yang sangat overated. Memang monumen-monumen sejarahnya sangat hebat dan unik, namun apa yang lebih  penting adalah kelakuan rakyatnya yang melambangkan identiti mereka. Aku tidak menyesal datang ke sini, tetapi jika diberi pilihan antara negara eropah lain, Paris semestinya bukan pilihan utama aku.

 

Bersambung….

 

 

 

Advertisements