KOREA SELATAN BAHAGIAN AKHIR (SEOUL), MARCH 2015

Sambungan….

 

IMG_1636
King Sejong The Great

Setibanya di Dongdaemun, kami terus bergerak mencari Philstay Guesthouse yang terletak berdekatan sahaja dengan stesen LRT Dongdaemun History and Culture Park. Namun begitu kira-kira 1 jam kemudian kami masih belum menemuinya. Kepadatan bangunan-bangunan tinggi dan besar di Dongdaemun menyukarkan pencarian guesthouse. Waktu ketika pula itu sudah menunjukkan jam 1o malam, di mana cuaca mula bertambah sejuk. Kami ada bertanya kepada warga tempatan namun kesemuanya tidak tahu guesthouse tersebut atau tidak faham apa yang ditanyakan.

zaha-hadid-seoul-dongdaemun-design-park-designboom-02
Dongdaemun History and Culture Park
IMG_2020
Ahjumma

Kami membuat keputusan untuk singgah di kedai coffee berhampiran supaya di situ dapat lah melayari internet seterusnya mencari direction yang betul ke Guesthouse. Ternyata kami sangat bernasib baik kerana pemilik kedai, sepasang suami-isteri berumur dalam lingkungan 60-an sangat bermurah hati menolong kami. Kalau nak diikutkan waktu operasi kedai tentunya sudah tutup namun mereka menundanya supaya kami dapat mencari tempat penginapan yang sudah ditempah awal itu. Heater yang sudah siap disimpan dikeluarkan kembali bila melihatkan kami berada dalam kesejukan. Ahjossi ada membuat panggilan kepada rakan-rakannya namun semuanya berhasil. Kami pula menemui kesukaran membuat carian di internet kerana google map yang diterjemah secara automatik ke dalam Bahasa Korea. Namun selepas Ahjumma membantu menterjemah ke dalam Bahasa Inggeris akhirnya kami berjaya menemui Philstay Guesthouse. Ahjumma kemudiannya menemani kami ke Guesthouse tersebut tanpa memakai sehelai pun baju sejuk ataupun warmer. Kami bersyukur kerana ditemukan dengan orang yang sebaik seperti Ahjossi dan Ahjumma. Ekoran daripada peristiwa itu, setiap malam sebelum tidur kami akan singgah di kedai tersebut untuk membeli coffee juga mengambil kesempatan untuk berbual dan berkenalan dengan lebih dekat Ahjossi dan Ahjumma. Pada hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia, kami memberikan mereka wang kertas 10 Ringgit Malaysia sebagai saguhati perkenalan. Kebaikan mereka akan selamanya tersemat di hati kami.

SEOUL

Oleh kerana kami mempunyai banyak masa yang boleh diluangkan di Seoul berbanding di tempat-tempat lain, perjalananan menjadi lebih relaks dan fleksibel. Kami menyenaraikan semua tempat menarik yang ada di sini, dan akan pergi mengikut kesempatan masa yang ada.

seoul

Dengan adanya kad diskaun T-Money, kami menggunakan kenderaan awam seperti LRT dan bas untuk menjimatkan kos perbelanjaan pengangkutan. Sistem pengangkutan di Korea secara keseluruhannya adalah sangat baik dan sistematik. Hampir kesemuanya menepati masa mengikut jadual yang diberi. Kebersihannya juga sangat dititik beratkan bagi menjamin keselesaan para penumpang.

seou winter
Seoul pada musim sejuk

Gyeongbokgung dan Changdeokgung

IMG_1554
Gyeongbokgung

Ini merupakan destinasi kami yang pertama ketika berada di Seoul. Catatan sejarah memberitahu Gyeongbokgung dan Changdeokgung sebagai salah satu istana yang di bina semasa era kegemilangan Dinasti Joseon. Gyeongbokgung diistiharkan sebagai istana terbesar yang dijadikan pusat pemerintahan Dinasti Joseon. Menariknya tempat ini bagi kami kerana ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seoul dan bangunan-bangunan tinggi yang serba canggih dan moden pula di bina mengelilingi kawasan istana ini. Bagi menghidupkan lagi suasana di istana-istana ini, perarakan keluar masuk Tentera Joseon akan diadakan setiap sehari sama juga seperti perarakan yang dijalankan setiap hari di Buckingham Palace, UK.

IMG_1548
Panglima Tentera Dinasti Joseon

Insadong dan Dongdaemung Market

small_shops_near_ssamziegil_market_in_insadong_seoul

Bagi yang gemar membeli belah dan suka mencari souvenier ketika melancong, Insadong dan Dongdaemung pasti menjadi pilihan yang sangat sesuai. Di kedua-dua tempat ini terdapat pasar yang menjual pelbagai barang dengan harga yang berpatutan. Suasana Pasar di sini sama sahaja jika nak dibandingkan dengan pasar-pasar yang ada di Malaysia, cumanya sangat ketara perbezaan dari segi kebersihan persekitaran pasar yang sentiasa terjaga. Disebabkan kami tidak pun berhasrat untuk membeli belah, jadi kami berjalan-jalan sahaja sambil melihat gelagat warga tempatan yang sangat rajin berniaga. Persaingan yang hebat membuatkan mereka bekerja lebih keras untuk menarik perhatian para pelancong.

IMG_1693

Namsan Park

IMG_1814
Love of Lock, Namsan Tower

Perjalanan kami ke Namsan Tower tidak berjalan dengan begitu mudah apabila kami sesat hampir 2 jam lamanya. Mulanya kami turun satu stesen awal sebelum hentian yang sepatutnya. Kami membuat keputusan untuk berjalan sahaja namun malangnya kami tersesat. Kali ini, pemandu bas pula menjadi penyelamat apabila membawa kami ke stesen bas yang betul tanpa mengenakan sebaran caj. Sekali lagi kami berasa syukur dengan pertolongan yang diberikan dan kami hanya mampu berterima kasih!!!

Itaewon

IMG_1997
Masjid Seoul

Itaewon terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong dari seuruh dunia. Kami pun tidak pasti apa sebab utamanya tetapi memang sangat ramai foreigner kelihatan Itaewon. Kedai runcit dari Pakistan, India, malah Turki kelihatan di mana-mana sahaja. Kedai makan Malaysia/Indonesia/Singapore juga ada kelihatan di sini jadi kami tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera. Selesai makan kami singgah sembahyang di Masjid Seoul, masjid pertama yang dibina di Korea pada tahun 1976.

Bukchon Hanok Village

Bukchon-Hanok-Village

20150305_165509Terletak di tengah-tengah kesibukan kota, Bukchon Hanok Village merupakan perkampungan tradisi Korea yang telah wujud 600 ratus tahun lamanya . Apa yang mengagumkan tentang perkampungan ini ialah bagaimana ia masih mengekalkan ciri-ciri tradisi pada binaan rumah  dan struktur lain sehingga ke hari ini. Kami juga mendapati rumah-rumah tradisional ini kebanyakannya masih didiami walaupun menjadi tumpuan para pelancong di serata dunia.

 

Gangnam Street

Malam terakhir di Korea kami meluangkan masa di Gangnam Street, kawasan yang sangat terkenal  dikalangan warga muda Korea untuk berhibur. Di sepanjang jalan kelihatan pemuzik-pemuzik jalanan membuat persembahan untuk menghiburkan para peminat. Kepelbagaian genre persembahan ditampilkan berjaya menarik perhatian para pengunjung sehingga lewat malam. Walaupun tidak paham satu apa pun yang dinyanyikan atau dipersembahkan kami masih juga tetap terhibur.

Kesimpulan

Kami pulang ke Malaysia dengan hati yang gembira bersama-sama kenangan yang sangat bermakna. Banyak benda yang kami pelajari sewaktu pengembaraan ini dan semestinya akan dijadikan panduan untuk kehidupan mendatang. Kekurangan perincian trip contohnya mendatangkan banyak masalah tetapi pada masa yang sama kami lebih banyak berkomunikasi dengan warga tempatan. Kekangan bahasa sesekali tidak menghalang mereka untuk menolong kami dan ini menjadikan kami lebih dekat dengan Korea.

Truly those who believe and perform righteous deeds — they are the best of creatures (Quran 98 : 7)

Korea sememangnya sebuah negara yang sangat hebat dari segala aspek. Pada pandangan aku, jika Malaysia bercita-cita mahu menjadi sebuah negara maju suatu hari nanti, Korea Selatan semestinya boleh dijadikan contoh yang terbaik.

IMG_1896
Durian yang diimport dari Malaysia

 

 

IMG_1683
Permainan tradisi Korea

 

KOREA SELATAN BAHAGIAN 5 (Namiseom), MARCH 2015

Sambungan….

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di Korea Selatan iaitu Bandar Seoul. Namun sebelum tiba di sana kami sempat singgah di Pulau Nami yang terletak tidak jauh dari Hongcheon. Kami mengambil bas ekpress ke Chungcheon (transit) dan dari situ terus ke Gapyeong. Setibanya di Gapyeong, kami membeli tiket bas pelancong yang akan berhenti di setiap titik tarikan para pengunjung di sekitar Gapyeong seperti Pulau Jara, Pulau Nami, Petite France, dan berakhir di The Garden Of Morning Calm.

Petite France
Petite France
The Garden Of Morning Calm
The Garden Of Morning Calm

Bermula dari Pulau Nami sehinggalah ke Seoul, perjalanan trip kami mempunyai lebih banyak gap dan fleksibiliti dari segi masa mahupun aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berbeza sekali ketika di Hongcheong, Sokcho mahupun Busan. Di tempat-tempat ini kami menetap dalam tempoh masa yang sangat singkat. Ini bermakna jika kami ada terlambat atau terlepas menaiki bas mahupun LRT, terlambat bangun tidur, tersesat jalan dan banyak lagi perkara tidak diduga, kemungkinan besar kami tidak dapat melakukan aktiviti yang dihajati selama ni.

Namiseom

Permandangan Pulau Nami pada musim luruh
Permandangan Pulau Nami pada musim luruh

Apa yang menariknya di Pulau Nami ialah tiada satu tiang telekomunikasi pun diletakkan di kawasan ini dengan tujuannya mengekalkan persekitaran semulajadi. Di seluruh kawasan pulau kecil ini pula dipenuhi dengan pokok chestnut dan pokok poplar menjadikan permandangannya sangat cantik terutama pada musim luruh. Antara aktiviti menarik boleh dijalankan di sini seperti sukan air, berkhemah, roller skating dan tentunya Zip Wire yang menjadi terkenal sejak akhir-akhir ini. Pun begitu kami tidak sempat menjalankan sebarang aktiviti akibat kesuntukan masa. Namun begitu cukuplah bagi kami dapat menikmati permandangan yang cantik dan bergambar untuk dijadikan kenangan. Kami dapati sudah ramai pelancong dari Malaysia yang datang ke sini sehinggakan banyak bendera Malaysia digantung merata tempat malah perkataan seperti “Selamat Datang” dan “Terima kasih” juga jelas tertera di sekitar Pulau ini.

20150304_175807

20150304_180034 20150304_180136 20150304_180324 20150304_181200 20150304_182358

Sejarahnya Pulau Nami pernah menjadi tempat penggambaran filem terkenal Winter Sonata. Waktu filem ini ditayangkan di Malaysia, ia menjadi kegilaan para peminat dan aku juga tidak terkecuali. Fenomena filem inilah yang menjadikan Pulau Nami terkenal di seluruh dunia.

Tugu pelakon Winter Sonata di Pualu Nami
Tugu pelakon Winter Sonata di Pualu Nami

Stesen Subway  Gapyeong
Selesai berjalan di Pulau Nami, kami bertolak ke Seoul menaki subway di Stesen Gapyeong. Di sana kejadian melucukan terjadi sewaktu kami sedang bertanyakan tentang subway mana seharusnya dinaiki untuk ke Bandar Seoul kepada seorang Ahjumma. Mulanya beliau seperti segan hendak menjawab soalan yang diajukan. Namun sebaik sahaja bercakap tidak pula mahu berhenti sehingga 20-30 minit lamanya.  Apa yang lucu percakapannya 100 peratus dalam Bahasa Korea dan kami langsung tidak memahaminya. Kami hanya mampu berkata “de, de, de” seolah-olah faham apa yang beliau tuturkan namun sebenarnya langsung tidak. Aku sudah tidak dapat menahan gelak dan caranya aku memberi alasan mahu ke tandas. Aku tidak mahu gelak di depan beliau kerana takut hatinya terluka pula.

Gapyeong. Ahjumma ini telah membantu kami menaiki dan berhenti di stesen yang LRT yang betul.
Gapyeong. Ahjumma ini telah membantu kami menaiki dan berhenti di stesen yang LRT yang betul.

20150305_010020Perbualan sebelah pihak bersama Ahjumma itu berpanjangan sehingga ke dalam keretapi. Ada penumpang yang menyedari keadaanyang sangat janggal ini tetapi kami tidak mampu berbuat apa-apa. Namun aku kagumi sikap beliau yang ikhlas membantu. Beliau pada awalnya mahu turun di stesen sebelumnya tetapi membatalkan hasratnya kerana risau kami turun di stesen yang salah. Sebaik sahaja tiba di stesen Dondaemun Culture and History, beliau menyuruh kami turun dan kemudian terus berpatah balik ke stesen yang mahu ditujuinya tadi. Beliau juga ada memberikan sedikit buah tangan sebagai tanda perpisahan. Aku berasa sungguh terharu dengan kebaikan Ahjumma itu.

Guest House di Dongdaemun
Guest House di Dongdaemun

Bersambung……..

KOREA SELATAN BAHAGIAN 4 (HongCheon), MARCH 2015

Sambungan….

IMG_0699Dari Sokcho kami mengambil bas ekspress terus ke Hongcheon. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dan tiba di sana pada jam 830 malam. Kemudian dari situ kami mengambil bas henti-henti ke Vivaldi Ski Park  yang memakan masa kira-kira 40 minit perjalanan.

Rancangan awal kami pada mulanya mahu bermain ski pada waktu malam untuk menjimatkan sekurang-kurangnya kos satu hari penginapan. Namun usaha kami tidak berjaya kerana Vivaldi hanya beroperasi pada waktu siang. Kebiasaannya pada waktu puncak (peak season) Vivaldi dibuka 24 jam sehari.

Hongcheon Winter Festival
Hongcheon Winter Festival

Ini merupakan kali kedua situasi tidak mengikut seperti mana yang dirancangkan. Oleh itu kami memerlukan plan b untuk menyelesaikan masalah ini. Kami ada bertanya kepada staf mahupun pelanggan namun semuanya tidak dapat memberikan jawapan yang meyakinkan. Sewa penginapan di Hotel Vivaldi (Rm 800 untuk satu malam) terlalu mahal dan tidak mungkin kami mampu membayarnya. Menambahkan lagi kerumitan, di situ hanya terdapat Hotel Vivaldi dan jika kami menolak opsyen ini terpaksa lah berpatah balik paling tidak pun ke Hongcheon.

Vivaldi Ski Park
Vivaldi Ski Park

Sedang kami berfikir jalan penyelesaian terbaik, tiba-tiba sahaja salji mula turun membasahi bumi Vivaldi. Kami sungguh terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mengikut ramalan cuaca sudah tidak ada salji yang akan turun lagi. Sebelumnya semasa berada di dalam bas menuju ke Vivaldi, ada lah kami ternampak bibit-bibit salji tapi sangat halus. Tetapi kali ini salji yang turun betul-betul jelas kelihatan. Aku tidak lagi bermimpi dan harapan aku sudah menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Sahabat aku pula tidak lagi dapat menyembunyikan perasaannya, terus sahaja menjerit kegembiraan juga dengan penuh rasa terharu.

IMG_1098

Kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke Hongcheon kerana di situ terdapat banyak penginapan yang lebih murah. Sebelum pulang sempat kami mengukir kenangan di atas salji yang jatuh sebagai tanda pertama kali kami melihat dan merasai sendiri fenomena salji.

Pengalaman salji pertama kali
Pengalaman salji pertama kali

Setibanya di Hongcheon, angin mula bertiup kencang seolah-olah mahu dilanda ribut. Kami masih mencari guest house yang sesuai namun cuaca seperti ini sememangnya menyukarkan keadaan. Mujur kami terjumpa pasangan Ahjossi dan Ahjumma yang menolong kami mencarikan guest house. Pemilik guest house pula sangat bermurah hati memberi potongan sehingga separuh harga untuk sewaan satu hari.

Ski

Bermain ski bukanlah suatu perkara yang mudah. Aktiviti ini memerlukan skil atau kemahiran yang tinggi di mana tidak mungkin kita dapat menguasainya dalam tempoh yang singkat. Kami yang sebelum ini tidak pernah sekali pun bermain ski hanya bercadang untuk merasai serba sedikit pengalamannya.

Alatan meluncur
Alatan meluncur

Di Vivaldi, terdapat sehingga 3-4 kecerunan/slope trek salji yang berbeza-beza mengikut tahap kesukaran dan kepakaran masing-masing. Bagi yang sudah berada pada tahap pro bolehlah bermain di slope yang lebih curam dan melalui semua halangan yang disediakan. Bagi beginner atau first timer seperti kami pula hanya dibenarkan bermain di slope yang paling landai. Kami juga diingatkan sekurang-kurangnya mengetahui asas bermain ski/snowboard sebelum boleh bermain di trek tersebut.

Vivaldi pada waktu malam
Vivaldi pada waktu malam

Awalnya kami hanya belajar asasnya namun 1-2 jam kemudian sudah mula berasa bosan. Tanpa berfikir panjang, kami memutuskan untuk cuba meluncur di trek beginner. Dari jauh kelihatan trek ini tidak lah terlalu sukar dan bahaya membuatkan kami lebih yakin dapat meluncur. Dan ternyata jangkaan kami amat meleset sama skali. Sahabat aku ketika landing dari kereta kabel pun sudah jatuh tergolek-golek. Aku pula bila mula meluncur tidak habis-habis terjatuh dan melekat di jaring keselamatan. Impaknya kami sedari bukan lah sebarangan. Boleh jadi mendapat kecederaan yang serius jika jatuh dengan cara yang bahaya. Memikirkan risiko ini aku terus berputus asa. Aku turun ke bawah dan kembali bermain di kawasan yang bersesuaian dengan kemampuan diri.

IMG_1281
Sebelum mula bermain

20150304_104016(0)

20150304_112251

Jatuh dan jatuh lagi
Jatuh dan jatuh lagi

Bersambung…..

KOREA SELATAN BAHAGIAN 3 (Sokcho), MARCH 2015

Sambungan…

Kami tiba di stesen bas Sokcho lebih awal dari yang dijangkakan. Mengikut perancangan awal, kami mahu bermalam dan berehat di dalam bas sahaja kerana masa perjalanan sebenar dalam lingkungan 7-9 jam. Namun jam 2 pagi (5 jam perjalanan) kami sudah sampai di sana.

Sokcho
Sokcho
Stesen Bas Sokcho pada waktu siang
Stesen Bas Sokcho pada waktu siang

Keadaan waktu itu cukup lengang dan sudah pastinya sangat sejuk. Kami perlu bertindak pantas memikirkan cara sebelum tidak dapat lagi menahan kesejukan. Sementara itu, kami berkunjung ke kedai serbaneka 24 jam yang berada dekat dengan stesen bas untuk tujuan keselamatan.

Pemandu teksi lalu-lalang di sekitar stesen bas ada bertanya jika kami mahu ke mana-mana tetapi kami menolak pelawaan mereka. Sehinggalah tidak lama kemudian ada seorang pemandu teksi (Ahjossi) yang berhenti dan menyapa kami. Beliau baik dan peramah orangnya. Katanya tidak bagus untuk kesihatan berada di luar kerana cuaca yang sangat sejuk dan berangin. Melihatkan kami yang semacam tidak tahu apa yang perlu dibuat, beliau mencadangkan menyewa guest house yang berdekatan dengan harga yang murah. Kami akhirnya bersetuju dan beliau membawa kami ke sana tanpa sebarang bayaran dikenakan. Terharu aku dengan kebaikan Ahjossi yang ikhlas membantu kami. Sepanjang bersama Ahjossi, kami berbual hanya melalui google translate kerana beliau lansung tidak pandai berbahasa Inggeris.

Sokcho Jungang Market
Sokcho Jungang Market

Gunung Seoraksan

Dikenali juga sebagai Seolsan dan Seolbongsan, gunung ini diberi nama sebagai Seorak yang bermaksud gunung besar dan bersalji. Salji di gunung ini dipercayai tidak akan cair untuk tempoh masa yang lama menjadikan formasi batu-batan terdapat di sini sentiasa kelihatan berwarna putih. Pada bulan November 1965, Gunung Seoraksan telah dijadikan sebagai kawasan pemeliharaan monumen asli. Pada Disember 1973 pula gunung ini telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Selepas Gunung Hallasan dan Jirisan, Gunung Seoraksan adalah ketiga tertinggi di Korea Selatan.

Seoraksan pada kemuncak musim sejuk
Seoraksan pada kemuncak musim sejuk

Esok pagi seawal jam 7  kami bertolak ke Gunung Seoraksan yang mengambil masa kira-kira 40 minit menaiki bas. Awalnya kami tidak tahu bas bernombor apa yang perlu dinaiki kerana semua papan tanda dalam bahasa tempatan namun mujurlah dengan bantuan seorang Ahjumma kami berjaya sampai tepat pada waktumya. Di sini mahupun di sekitar Bandar Sokcho suasananya lebih kepada perkampungan, lebih tenang dan rentaknya juga perlahan berbanding Seoul ataupun Busan.

Bersama seorang pelancong yang kembara secara solo
Bersama seorang pelancong yang kembara secara solo

Melihat kali pertama secara langsung Gunung Seoraksan membuatkan aku terpegun dengan kesempurnaan alam ciptaan Tuhan ini. Salji masih jelas kelihatan di celahan gunung mahupun di puncaknya. Walaupun sudah berada di penghujung musim sejuk, aku masih dapat menikmati pengalamannya dan aku bersyukur dengan kurnianNya. Kadang aku terpikir mengapa tidak aku sampai lebih awal di sini. Mungkin waktu muda dan remaja dahulu banyak dihabiskan dengan benda yang tidak bermanfaat sahaja.

Bergambar bersama sami yang tinggal di Seoraksan
Bergambar bersama sami yang tinggal di Seoraksan

Kami membeli tiket masuk mengikut course mendaki yang dipilih. Course mendaki untuk amatur seperti kami dibahagikan kepada 2 kategori iaitu separuh hari dan satu hari, merangkumi tahap kesukaran yang berbeza-beza. Akibat kesuntukan masa, kami memilih Gwongeumseong Fortress – Sinheungsa Temple Course  yang lebih mudah dan tempoh masanya separuh hari sahaja.

Checkpoint pertama selepas menaiki kereta kabel
Checkpoint pertama selepas menaiki kereta kabel

Peringkat awal kami menaiki kereta kabel selama lebih kurang 10 minit sebelum mula mendaki mengikut trek yang disediakan. Permukaan trek masih dipenuhi ais menjadikannya agak licin dan untuk itu perlu sentiasa berjaga-jaga agar tidak mudah terjatuh. Kami tiba di Kubu Gwongeumseong yang berada pada ketinggian 1,200 meter 45 minit kemudian. Di puncak ini, kami menikmati permandangan aerial (bird eye view) yang jauh lebih cantik berbanding di kaki gunung.

AKU ANOK KELATE!!!!
AKU ANOK KELATE!!!!

20150303_104505

20150303_105406

Bersambung……

KOREA SELATAN BAHAGIAN 2 (BUSAN), MARCH 2015

Sambungan…

Permandangan Busan selepas baru keluar dari Stesen Hauendae
Permandangan Busan selepas baru keluar dari Stesen Hauendae

Destinasi pertama kami di sini ialah Busan. Dikenali juga sebagai Pusan, Busan merupakan bandar kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul. Busan sangat terkenal di kalangan pelancong sebagai tempat percutian pada musim panas kerana pantainya yang besar dan cantik. Namun lain pula bagi kami yang datang ke sini pada musim sejuk. Pantai sudah menjadi kebiasaan bagi kita orang Malaysia. Jadi aku tidak berasa rugi jika tidak dapat mandi atau menjalankan sebarang akitivti di pantai.

Semasa berjalan keluar dari lapangan terbang, kami sempat bertegur sapa dengan seorang perempuan yang berasal dari Malaysia dan datang belajar di universiti di Pulau Jeju. Cantik, baik tetapi garang orangnya. Bila kami cuba berjenaka lansung dia tidak ketawa hanya tersenyum sinis seolah-olah terpaksa. Kami mengajaknya makan dengan harapan mendapat sedikit tips berjalan di sini namun harapan kami hancur berkecai. Dia tidak lagi muncul setelah memberitahu kami hendak mengambil bagasi.

IMG_0402

Cuaca ketika pertama kali menjejak kaki di Busan memang sejuk. Suhu pada waktu itu hampir mencecah 0°c. Keterujaan kami melampau-lampau dan jika boleh digambarkan, ibarat budak kecil yang baru saja mendapat mainan baru. Memang gembira kerana kami tidak pernah merasa suasana seperti ini sebelumnya. Ada warga tempatan melihat pelik tetapi kami biarkan sahaja dan buat-buat tak tahu.

Namun satu atau dua jam kemudian lain pula ceritanya. Waktu itu kami baru sahaja turun dari hentian Haeundae (LRT) dan terus mencari tempat penginapan. Malang tidak berbau kami sesat. Cuaca sangat sejuk dan angin pula bertiup kuat sedangkan kami hanya memakai baju sejuk yang agak nipis. Sejuknya mula terasa sampai ke tulang dan tangan mula kebas. Mujurlah dengan pertolongan penduduk tempatan kami berjaya sampai di guest house kira-kira 2 jam kemudian. Tidak lama selepas itu kami terus membeli baju sejuk yang tebal lengkap bersama-sama sarung tangan dan penutup kepala/snowcap.

IMG_0416

Haeundae

Bersama warga tempatan yang membaut persembahan
Bersama warga tempatan yang membuat persembahan
Haeundae pada musim panas
Haeundae pada musim panas

Malamnya kami berjalan-jalan di sekitar Pantai Haeundae. Suasananya agak sunyi dan jarang kelihatan pelancong mahupun penduduk tempatan berjalan di sini. Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan pada musim sejuk kata seorang warga tempatan yang kami jumpa ketika itu sedang membuat persembahan jalanan/busking. Kata beliau lagi jika pada musim panas hendak berjalan pun terpaksa bersesak-sesak di pantai ini. Namun bagi aku lebih baik begini, sunyi dan hanya kedengaran ombak menderu-deru menuju pantai. Sekurang-kurangnya jiwa aku lebih tenang dan aman. Sebelum balik ke guest house kami singgah sebentar di pasar malam yang terletak berdekatan dengan Pantai Haeundae.

Nopo Dong

Pagi hari kedua kami ke Nopo Dong untuk membeli tiket bas ke Sokcho. Keadaan waktu itu hanya seperti biasa sehinggalah kami terserempak dengan pelakon program tv yang terkenal di Korea, Running Man. Peminat setia mula berpusu-pusu mengejar pelakon tersebut di Stesen Bas dan kami pula ketika itu sedang beratur untuk membeli tiket turut sama kelam-kabut. Selesai membeli tiket kami ke Nopo Dong Market yang terletak bersebelahan sahaja dengan stesen bas Nopo Dong.

Ahli kumpulan Running Man
Ahli kumpulan Running Man

Gamcheon Culture Village

Gamcheon Culture Village
Gamcheon Culture Village

Destinasi seterusnya dan terakhir di Busan kami telah ke Gamcheon Culture Village (GCV). Terletak kira 20-30 minit dari Bandar Busan, perkampungan ini menjadi tumpuan para pelancong yang ingin mengenali lebih dekat kebudayaan masyarakat Korea. Ada pelancong yang menggelarkan perkampungan ini sebagai Santorini versi Korea kerana lokasinya menghadap laut. Istimewanya lagi rumah yang berbagai-bagai warna disamping kebersihan yang sentiasa terjaga. Ketika berjalan di sini kami disapa oleh seorang pelancong yang berasal dari Seoul. Beliau bercerita pernah bekerja di Malaysia dan berpendapat orang Malaysia semuanya baik-baik.

busan 1

Bersama pelancong yang berasal dari Seoul
Bersama pelancong yang berasal dari Seoul

Malam jam 10 kami mula bertolak menaiki bas ke Sokcho yang terletak di daerah Gangwon.

Bersambung…..

KOREA SELATAN BAHAGIAN 1 (PENGENALAN), MARCH 2015

Annyeong. Pada pagi yang indah dan nyaman ini aku mahu berkongsi cerita kembara aku di Korea Selatan. Menariknya trip kali ini adalah pada musim sejuk. Sepanjang hidup tidak pernah aku merasa musim sejuk apatah lagi salji. Bila sudah beli tiket mula lah berangan nak buat bola salji dan baling dekat siapa saja yang melintas depan mata. Walaupun musim sejuk hampir berakhir, aku masih lagi berharap masih ada saki-baki salji di sana. Masih berharap impian sejak kecil lagi akan termakbul jua akhirnya. Insyallah.

Pulau Nami
Pulau Nami

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri

Mee segera menu utama kami di sini.
Mee segera menu utama kami di sini.

Untuk trip kali ini kami telah mencuba sesuatu yang baru dan sedikit berbeza berbanding trip-trip sebelumnya. Perbezaan yang dimaksudkan adalah dari segi bajet yang kecil. Ingin juga rasa pengalamannya. Kata orang kalau mengembara ini, biarlah merasa susah dan senang baru lebihnbermakna dan bernilai pengalamannya.

Jadi perancangan kami pada kali ini lebih terperinci dan teratur. Segala pilihan yang ada disenarai pendek mengikut harga yang paling murah. Hostel kami tempah di Busan dan Seoul sahaja supaya ada fleksibiliti masa di tempat- tempat lain. Dari segi makanan kami kurangkan makan di kedai dan lebihkan pada makanan segera seperti roti dan mee sahaja. Kami juga tidak membuat sebarang tempahan awal untuk pengangkutan kerana mengikut carian kami di internet dan perkongsian rakan-rakan yang pernah ke Korea mendapati sistem pengangkutan awam di sini amat baik dan teratur. Baju sejuk pula bawa sahaja mana yang sudah tersedia dan jika masih sejuk baru lah beli yang baru di sana.

Gangnam
Gangnam

Persediaan lain yang dibuat adalah berkenaan bahasa. Orang Korea sepertinya juga Orang Jepun, bangga dengan apa yang mereka miliki dan warisi sejak dahulu lagi. Bahasa Korea merupakan bahasa utama dan mengikut apa yang kami baca dan faham kebanyakkannya lansung tidak pandai berbahasa inggeris. Jadi kami pasang aplikasi Bahasa Korea – English supaya bila ada masa terluang boleh tahu serba sedikit asasnya. Sekali-skala kami tonton program-program tv Korea yang terkenal di Malaysia dengan harapan dapat melihat cara dan gaya mereka berkomunikasi.

Masjid Seoul di Itaewon
Masjid Seoul di Itaewon

Oleh kerana perancangan trip yang akan menyentuh agak banyak titik-titik menarik di seluruh Korea Selatan, kemungkinan besar  kami memerlukan banyak interaksi dengan warga tempatan. Untuk berinteraksi  dengan baik pula perlu ada ilmu dan paling tidak pun pengetahuan asas berkenaan negara yang dilawati . Jadi kami membuat carian di internet dan belajar serba sedikit berkaitan isu semasa, kebudayaan, kepercayaan dan juga sejarahnya.

Zaman penjajahan Jepun di Korea Selatan
Zaman penjajahan Jepun di Korea Selatan

Secara ringkasnya Korea Selatan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Timur dengan jumlah penduduk mencecah 50 juta dan Seoul (26 juta penduduk) adalah bandar kedua terpadat di dunia selepas Jepun (36 juta penduduk). Negara ini mengamalkan sistem republik berpelembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Sejarahnya Korea pernah dikuasai dinasti-dinasti hebat seperti Joseon dan Goryeo sehinggalah dijajah Jepun pada tahun 1910. Namun sejarah hitam itu sudah lama berlalu dan Korea Selatan terus maju ke hadapan. Lihat sahaja jenama Samsung, LG, Lotte, Hyundai, Kia dan banyak lagi. Semuanya telah mencipta nama di mata dunia dalam bidang masing-masing.

Untitled

Aku pergi berdua bersama seorang teman menaiki pesawat Air Asia (RM850) ke Gimhae International Airport yang terletak di Busan dan pulang dari Seoul (Incheon International Airport). Perjalanan kami merangkumi 4 daerah bermula di Busan, kemudian ke Gangwon, Hong Cheong dan akhirnya di Seoul. Aktiviti yang menjadi keutamaan pula adalah bermain ski di Vivaldi Park dan mendaki Gunung Seoraksan. Selebihnya kami senaraikan titik-titik menarik yang ada di sana namun hanya akan pergi mengikut kesesuaian masa dan situasi kerana tidak mungkin kami dapat menghabiskan kesemuanya dek tempoh yang agak singkat di sini.

Peta perjalanan kami sepanjang berada di Korea Selatan
Peta perjalanan kami sepanjang berada di Korea Selatan

Bersambung…..