Kembara Eropah 2014 Bahagian Akhir

Kembara kami di bumi Eropah sudah berakhir. Walaupun kembara ini hanya berusia 14 hari, namun begitu banyak pengalaman suka dan duka aku lalui bersama keluarga tercinta. Mengembara ke sebuah benua yang hebat pada zaman ini mahupun waktu silamnya ibarat mimpi menjadi kenyataan apatah lagi diharungi bersama keluarga pula.

DSCF2488
London Bridge

Kembara pada kali ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih baik. Rata-rata warga Eropah yang aku perhatikan mempunyai nilai dan etika yang sangat tinggi. Ciri-ciri keperibadian mereka boleh aku katakan menghampiri kepada Islam. Jujur, sopan dan ikhlas adalah ciri-ciri yang sangat jelas ada pada mereka. Mungkin kerana inilah negara-negara di Eropah sentiasa dilihat ke depan dalam semua aspek. Rakyat yang cemerlang akan melahirkan kepimpinan yang hebat dan akhirnya sebuah negara yang agung dan gemilang.

DSCF1402
Eiffel Tower

Menyingkap kembali sejarah negara-negara Eropah suatu ketika dahulu pernah melalui zaman kegelapan atau kehancuran akibat kemerosotan ekonomi dan budaya. Namun tibanya Islam di Eropah mengubah segalanya. Kemaraan Islam di Eropah memberi inspirasi kepada mereka untuk kembali bangkit. Nilai-nilai murni dan mulia yang ada pada Islam waktu itu pula diterapkan ke dalam budaya mereka dan dilihat masih kekal sehingga ke hari ini.

Di Paris, aku lihat Islam tanpa Muslim manakala di Mesir aku melihat Muslim tanpa Islam -Thahthawi

20140610_134122
Royal Mile Street

Sepanjang keberadaan aku di sana ini amat jarang aku berasa takut atau tidak selamat. Walaupun berada jauh beribu batu dari negara sendiri, jarang sekali aku berasa bimbang diragut, dirompak dan banyak lagi yang seumpamanya. Malah ada ketikanya aku berasa lebih selamat berada di negara asing berbanding di negara sendiri.

DSCF2022
Alhambra

Untuk menjadi sebuah negara maju dan aman makmur, rakyat perlu berpegang teguh pada prinsip dan nilai-nilai kehidupan yang tinggi. Dari sini lah akan terbentuk sebuah komuniti yang hebat dan seterusnya melahirkan pemimpin yang akan membawa kemakmuran pada negaranya.

20140610_144235
Edinburgh

Kembara aku insyallah tidak akan berakhir di sini sahaja. Eropah menjadi titik tolak untuk aku terus mengembara, untuk aku terus mencari ilmu agar suatu masa nanti dapat pula aku menyumbang dan membantu masyarakat seadanya. Ilmu itu jika tidak dapat dikongsi bersama tiadalah gunanya dan sia-sia sahaja.

DSCF2486
Tower of London

 

Tamat…

Kembara Eropah 2014 Bahagian 6 (London,England)

DSCF2132
Lapangan Terbang Malaga

London adalah destinasi terakhir kembara kami di Eropah. Dari Granada kami bertolak ke Malaga dan dari situ menaiki pesawat penerbangan British Airway selama 2 jam sebelum tiba di Lapangan Terbang Gatwick. Di London kami menginap didua tempat berasingan iaitu pertama di West Brompton untuk 2 hari dan 2 hari terakhir pula disekitar Bayswater yang terletak berdekatan sahaja dengan Kedutaan Malaysia.

 

London

_85798724_1920xxxjasonhawkes-0056
London

London merupakan Ibu Kota England dan United Kingdom yang juga dikenali sebagai kawasan metropolitan terbesar diseluruh United Kingdom. Terletak di pesisir Sungai Thames, London menjadi petempatan masyrakatnya sejak 2000 tahun dahulu lagi. Mengikut sejarah, perkataan “London” itu berasal dari perkataan Londonium yang diberi nama oleh Empayar Rom suatu ketika dahulu.

DSCF2431
Hyde Park

Sebagai sebuah bandaraya global, London menjadi peneraju hebat dalam semua bidang merangkumi seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan juga pengangkutan. Maka tidak hairan lah London mampu menarik berjuta-juta pengunjung setiap tahun. Berikutan dari itu pelancongan menjadi salah satu industri terpenting di London dengan purata perbelanjaan tahunan pelancong berjumlah kira-kira £15 bilion. Bandar ini berjaya menarik kira-kira 14 juta pelancong setiap tahunmenjadikan ia bandaraya paling ramai pengunjung pernah direkodkan.

DSCF2328
Memorial bagi negara-negara yang pernah membantu British semasa perang dunia ke-2

 

Buckingham Palace

buckingham-palace-21976488
Buckingham Palace

Hari ke 11 di Eropah dan hari kedua di London, kami berkunjung ke Buckingham Palace yang terletak di Bandar Westminster. Istana ini merupakan kediaman rasmi Ratu/Raja yang juga berfungsi sebagai pejabat diraja United Kingdom.

DSCF2406

20140618_114716
Queen’s Life Guard

Waktu dahulu ketika masih kecil, aku banyak menonton komedi pelawak hebat Mr Bean. Antara babak yang sering kali membuat aku ketawa sudah tentu ketika beliau mengganggu pengawal bertugas di Istana Buckingham dan hari ini kami cukup bernasib baik kerana sampai tepat pada waktunya untuk menyaksikan perbarisan pengawal diraja. Perbarisan ini adalah bersempena pertukaran skuad pengawal yang berada di Buckingham Palace dan St James Palace dimana ianya diadakan tepat pada jam 1130 pagi setiap hari dimusim panas.

 

London Bridge & Tower of London

london-bridge-night

Selesai sahaja perbarisan di Istana, kami berkunjung pula ke London Bridge yang cukup terkenal dan begitu sinonim dengan identiti London. Perkarangan London Bridge sewaktu kami tiba kelihatan sangat sesak dengan kehadiran pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang melawat jambatan bersejarah ini. London Bridge mengingatkan aku kepada nostalgia zaman kanak-kanak dahulu melalui lagunya “London Bridge is Falling Down” yang sering dimainkan di televisyen mahupun di radio.

DSCF2503
London Bridge

Di sini juga terletaknya Tower of London, Istana bersejarah yang memainkan peranan penting dalam pemeritahan British pada zaman dahulu. Diasaskan seawal tahun 1066, menara ini pernah dijadikan sebagai penjara, kediaman diraja dan juga sebagai pusat pemerintahan.

DSCF2482
Tower of London

 

Stamford Bridge

DSCF2138
Lagenda Chelsea, Giofranco Zola

Oleh kerana lokasi Stadium Stamford Bridge yang terletak  berhampiran dengan West Brompton, hari kedua kami di London bermula dengan berkunjung ke stadium pasukan bolasepak Chelsea. Kunjungan berjalan seperti biasa saja sehinggalah kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam stadium tanpa sebarang pas atau tiket. Kali ini kami hanya bertiga, aku,Taufiq dan Mira manakala Abah,Umi dan Fahim masih di hotel. Baru saja masuk, kehadiran kami disedari oleh seorang pengawal lalu terus mengarahkan kami untuk keluar. Beliau menyuruh kami bertiga bersama dua orang lagi pengunjung tunggu di luar sementara beliau cuba mencari jika masih ada pengunjung yang cuba menceroboh masuk. Bimbangkan denda yang mungkin dikenakan, kami bertindak lari keluar secepat mungkin. Ketika kami berlari keluar terdengar pengawal lain sedang berhubung melalui walkie talkie mengarahkan untuk mencari perceroboh yang cuba melarikan diri. Kami segera berjalan seperti biasa sambil berharap mereka tidak menyedari kehadiran kami. Mujurlah mereka tidak perasan dan akhirnya berjaya keluar dengan selamat. Hati masih berasa bimbang takut-takut mereka cuba menghubungi polis jadi kami segera menaiki bas ke tempat lain. Kami turun di Hyde Park dan akhirnya barulah hati berasa lega.

20140617_155156
Sempat bergambar sebelum ditangkap menceroboh masuk stadium

 

Portobello Road

DSCF2175

Di Portobello Road kami berpeluang mengunjungi pelbagai kedai barangan antik. Bagi peminat-peminat barangan sebegini, Portobello Road sememangnya destinasi yang sangat ideal. Barangan bundle juga ada dijual tetapi ianya tidak lah semurah di Malaysia kerana kebanyakan barang semuanya berkualiti tinggi. Di penghujung jalan Portobello kami terjumpa sebuah kedai makan  “Makan” yang diusahakan oleh peniaga dari Malaysia.

 

Trafalgar Square

Hari ketiga di London kami berkunjung ke Trafalgar Square dan Royal Albert Hall. Terletak di Bandar Westminster, Dataran Trafagar diberi nama bersempena dengan battle of Trafalgar yang dimenangi oleh Tentera British dalam perang Napoleon pada tahun 1805. Hari ini Dataran trafalgar menjadi tumpuan pelancong dengan adanya National gallery yang menyimpan koleksi hebat lukisan-lukisan dari seluruh dunia. Namun kerana kesuntukan masa,kami tidak  berpeluang untuk masuk  dan hanya berlegar di sekitar dataran.

DSCF2278

Selepas Trafalgar, kami menaiki bas mengelilingi London, berhenti sekejap di tempat-tempat tumpuan, kemudian menyambung balik perjalanan. Kami terpaksa berbuat sedemikian kerana tempoh masa yang agak singkat di London.

20140618_133042

 

Oxford Street

Hari terakhir di London dan juga hari terakhir di Eropah, kami berkesempatan membeli belah di Oxford Street. Jalan ini sememangnya sangat terkenal dikalangan pelancong kerana lambakan pusat membeli belah pelbagai jenis barangan. Boleh dikatakan Oxford Street ibarat syurga kepada penggemar membeli-belah jadi kami juga turut mahu merasainya sekali.

Oxford-Street-Xmas-2014-geograph-4269129-by-Oast-House-Archive
Oxford Street

London pada pandangan aku merupakan sebuah destinasi yang sangat ideal untuk semua pelancong. Akses ke tempat-tempat pelancongan adalah mudah dengan adanya sistem pengangkutan yang sangat sistematik sekaligus memudahkan perjalanan kami diantara satu tempat ke satu tempat lain. Kebanyakan warga tempatan pula ternyata sangat mesra dan tidak kisah meluangkan sedikit masa untuk membantu para pelancong. Peristiwa seorang pemandu bas membuat pengumuman bertanyakan tentang tempat yang kami mahu kunjungi kepada penumpang lain masih segar dalam ingatan. Kami bertambah terharu bila tidak lama kemudian seorang penumpang turun dari tingkat atas dan segera membantu kami.

20140618_131345

 

Bersambung……

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembara Eropah 2014 Bahagian 1 (Nottingham,England)

Ini merupakan kembara pertama aku ke Eropah, dan buat kali pertamanya aku bersama keluarga mengembara ke luar negara. Mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita Hollywood mahupun melalui dokumentari yang menceritakan tentang keindahan dan kecantikan negara-negara di Eropah, aku sangat berharap untuk sampai ke sana suatu hari nanti. Dan alhamduillah, impian aku akhirnya tercapai. Setiap orang pastinya mempunyai cita-cita yang tersendiri, dan ini merupakan salah satu impian aku juga keluarga tercinta. Aku berterima kasih kepada adik aku, Taufik kerana tanpanya kami tidak mungkin dapat menjejakkan kaki di Eropah. Secara ringkasnya trip kami melibatkan 4 buah negara iaitu England, Scotland, Perancis dan Sepanyol.

Bukankah harapan dan cita-cita yang membuatkan kita mampu meneruskan kehidupan ini?

Perjalanan kami bermula di KLIA dengan menaiki pesawat penerbangan MAS yang mengambil masa kira-kira 13 jam lamanya dan tiba di Lapangan Terbang Healthrow, London. Untuk berada di dalam kapal terbang pada suatu tempoh yang sebegitu lama amat mencabar bagi aku. Masalah utamanya aku sukar nak melelapkan mata jadi sepanjang perjalanan aku berjaya menghabiskan 5-6 movies dan tidur hanya 1-2 jam sahaja.

20140609_164436
Teksi yang tipikal di England

Sebaik tiba kira-kira jam 5 petang waktu UK, kami meneruskan perjalanan ke Nottingham. Kami tinggalkan dahulu London sebagai destinasi terakhir kembara kami. Kata orang “Save the best for last“. Cuaca di sini walaupun pada musim panas ternyata masih dingin (10 ‘c) jadi kami segera memakai baju sejuk. Bimbang juga kalau-kalau demam atau selsema nanti sudah pasti mengganggu perjalanan kami.

20140609_172350
Universiti Nottingham

Nottingham

20140609_005521
DI rumah Taufik

Kami sepatutnya bertolak ke Nottingham menaiki Keretapi namun kerana masa ketibaan yang agak lewat, kami tidak sempat menaikinya. Tiket sudah dibeli awal-awal melalui online jadi terpaksalah menanggung kerugian kira-kira RM 1200!!! Hari pertama kembara, kami sudah dapat pengajaran yang sangat berguna. Perancangan trip seharusnya lebih bersifat fleksibel bila melibatkan masa supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan. Kami kemudian membeli tiket bas untuk ke Nottingham.

20140609_125501
Penat jetlag yang masih belum hilang

Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Setibanya di Nottingham, kami berehat di rumah Taufik. Penat akibat jetlag masih belum hilang jadi kami tidak ke mana-mana malam itu. Aku dapati suasana di Nottingham sungguh nyaman dan sangat selesa. Rumah-rumah di sini pula klasik dan cantik, dimana ia masih mengekalkan binaannya mungkin sudah beratus tahun lamanya. Tahap kebersihan di persekitaran Nottingham juga sangat mengagumkan.

20140609_100108

Nottingham University

Nottingham University
Universiti Nottingham

20140609_174149Hari kedua di Nottingham kami mulakan dengan berjalan-jalan di sekitar Universiti Nottingham. Universiti ini terletak berdekatan sahaja dari rumah Taufik, jadi kami hanya berjalan kaki saja ke sana. Sejarahnya Universiti ini dibina sejak tahun 1881 lagi dengan pelbagai jenis kursus ditawarkan. Kebanyakan struktur bangunan di Unversiti Nottingham masih dikekalkan sehingga ke hari ini menjadikan permandangannya sungguh klasik.

20140609_104841

20140609_102010
Di perkarangan universiti

Nottingham Castle dan Kisah Robin Hood

Nottingham-Castle
Istana Nottingham

Di bina sejak tahun 1076, Istana Nottingham dipercayai pernah menjadi medan pertempuran hero rakyat pada zaman dahulu kala iaitu Robin Hood dengan Sherif Nottingham. Robin Hood mengikut penceritaan sejarahnya menjadi sangat terkenal di kalangan rakyat kerana keberaniannya merompak golongan bangsawan untuk diberikan hasil rompakan kepada orang-orang miskin. Kisah hidup Robin Hood banyak diadaptasikan ke dalam filem-filem Hollywood dengan menonjolkan kepakarannya bermain pedang dan memanah.  Ketika masih kecil aku juga tidak terlepas menjadikan Robin Hood sebagai idola kerana kehebatannya bermain pedang.

20140609_154104
Robin Hood Statue

Nottingham City Center

Nottingham_city_centre
Nottingham City Center

Sebelum pulang ke rumah, kami ke pusat bandar Nottingham yang juga dikenali sebagai dataran pasar lama. Kami tidak membeli apa-apa disini, hanya bersiar-siar menikmati permandangan juga melihat gelagat warga tempatan yang aku sedari sangat peramah orangnya.

20140609_141642
Enter a caption

 

 

Bersambung…….