Kembara Eropah 2014 Bahagian Akhir

Kembara kami di bumi Eropah sudah berakhir. Walaupun kembara ini hanya berusia 14 hari, namun begitu banyak pengalaman suka dan duka aku lalui bersama keluarga tercinta. Mengembara ke sebuah benua yang hebat pada zaman ini mahupun waktu silamnya ibarat mimpi menjadi kenyataan apatah lagi diharungi bersama keluarga pula.

DSCF2488
London Bridge

Kembara pada kali ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih baik. Rata-rata warga Eropah yang aku perhatikan mempunyai nilai dan etika yang sangat tinggi. Ciri-ciri keperibadian mereka boleh aku katakan menghampiri kepada Islam. Jujur, sopan dan ikhlas adalah ciri-ciri yang sangat jelas ada pada mereka. Mungkin kerana inilah negara-negara di Eropah sentiasa dilihat ke depan dalam semua aspek. Rakyat yang cemerlang akan melahirkan kepimpinan yang hebat dan akhirnya sebuah negara yang agung dan gemilang.

DSCF1402
Eiffel Tower

Menyingkap kembali sejarah negara-negara Eropah suatu ketika dahulu pernah melalui zaman kegelapan atau kehancuran akibat kemerosotan ekonomi dan budaya. Namun tibanya Islam di Eropah mengubah segalanya. Kemaraan Islam di Eropah memberi inspirasi kepada mereka untuk kembali bangkit. Nilai-nilai murni dan mulia yang ada pada Islam waktu itu pula diterapkan ke dalam budaya mereka dan dilihat masih kekal sehingga ke hari ini.

Di Paris, aku lihat Islam tanpa Muslim manakala di Mesir aku melihat Muslim tanpa Islam -Thahthawi

20140610_134122
Royal Mile Street

Sepanjang keberadaan aku di sana ini amat jarang aku berasa takut atau tidak selamat. Walaupun berada jauh beribu batu dari negara sendiri, jarang sekali aku berasa bimbang diragut, dirompak dan banyak lagi yang seumpamanya. Malah ada ketikanya aku berasa lebih selamat berada di negara asing berbanding di negara sendiri.

DSCF2022
Alhambra

Untuk menjadi sebuah negara maju dan aman makmur, rakyat perlu berpegang teguh pada prinsip dan nilai-nilai kehidupan yang tinggi. Dari sini lah akan terbentuk sebuah komuniti yang hebat dan seterusnya melahirkan pemimpin yang akan membawa kemakmuran pada negaranya.

20140610_144235
Edinburgh

Kembara aku insyallah tidak akan berakhir di sini sahaja. Eropah menjadi titik tolak untuk aku terus mengembara, untuk aku terus mencari ilmu agar suatu masa nanti dapat pula aku menyumbang dan membantu masyarakat seadanya. Ilmu itu jika tidak dapat dikongsi bersama tiadalah gunanya dan sia-sia sahaja.

DSCF2486
Tower of London

 

Tamat…

Kembara Eropah 2014 Bahagian 6 (London,England)

DSCF2132
Lapangan Terbang Malaga

London adalah destinasi terakhir kembara kami di Eropah. Dari Granada kami bertolak ke Malaga dan dari situ menaiki pesawat penerbangan British Airway selama 2 jam sebelum tiba di Lapangan Terbang Gatwick. Di London kami menginap didua tempat berasingan iaitu pertama di West Brompton untuk 2 hari dan 2 hari terakhir pula disekitar Bayswater yang terletak berdekatan sahaja dengan Kedutaan Malaysia.

 

London

_85798724_1920xxxjasonhawkes-0056
London

London merupakan Ibu Kota England dan United Kingdom yang juga dikenali sebagai kawasan metropolitan terbesar diseluruh United Kingdom. Terletak di pesisir Sungai Thames, London menjadi petempatan masyrakatnya sejak 2000 tahun dahulu lagi. Mengikut sejarah, perkataan “London” itu berasal dari perkataan Londonium yang diberi nama oleh Empayar Rom suatu ketika dahulu.

DSCF2431
Hyde Park

Sebagai sebuah bandaraya global, London menjadi peneraju hebat dalam semua bidang merangkumi seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan juga pengangkutan. Maka tidak hairan lah London mampu menarik berjuta-juta pengunjung setiap tahun. Berikutan dari itu pelancongan menjadi salah satu industri terpenting di London dengan purata perbelanjaan tahunan pelancong berjumlah kira-kira £15 bilion. Bandar ini berjaya menarik kira-kira 14 juta pelancong setiap tahunmenjadikan ia bandaraya paling ramai pengunjung pernah direkodkan.

DSCF2328
Memorial bagi negara-negara yang pernah membantu British semasa perang dunia ke-2

 

Buckingham Palace

buckingham-palace-21976488
Buckingham Palace

Hari ke 11 di Eropah dan hari kedua di London, kami berkunjung ke Buckingham Palace yang terletak di Bandar Westminster. Istana ini merupakan kediaman rasmi Ratu/Raja yang juga berfungsi sebagai pejabat diraja United Kingdom.

DSCF2406

20140618_114716
Queen’s Life Guard

Waktu dahulu ketika masih kecil, aku banyak menonton komedi pelawak hebat Mr Bean. Antara babak yang sering kali membuat aku ketawa sudah tentu ketika beliau mengganggu pengawal bertugas di Istana Buckingham dan hari ini kami cukup bernasib baik kerana sampai tepat pada waktunya untuk menyaksikan perbarisan pengawal diraja. Perbarisan ini adalah bersempena pertukaran skuad pengawal yang berada di Buckingham Palace dan St James Palace dimana ianya diadakan tepat pada jam 1130 pagi setiap hari dimusim panas.

 

London Bridge & Tower of London

london-bridge-night

Selesai sahaja perbarisan di Istana, kami berkunjung pula ke London Bridge yang cukup terkenal dan begitu sinonim dengan identiti London. Perkarangan London Bridge sewaktu kami tiba kelihatan sangat sesak dengan kehadiran pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang melawat jambatan bersejarah ini. London Bridge mengingatkan aku kepada nostalgia zaman kanak-kanak dahulu melalui lagunya “London Bridge is Falling Down” yang sering dimainkan di televisyen mahupun di radio.

DSCF2503
London Bridge

Di sini juga terletaknya Tower of London, Istana bersejarah yang memainkan peranan penting dalam pemeritahan British pada zaman dahulu. Diasaskan seawal tahun 1066, menara ini pernah dijadikan sebagai penjara, kediaman diraja dan juga sebagai pusat pemerintahan.

DSCF2482
Tower of London

 

Stamford Bridge

DSCF2138
Lagenda Chelsea, Giofranco Zola

Oleh kerana lokasi Stadium Stamford Bridge yang terletak  berhampiran dengan West Brompton, hari kedua kami di London bermula dengan berkunjung ke stadium pasukan bolasepak Chelsea. Kunjungan berjalan seperti biasa saja sehinggalah kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam stadium tanpa sebarang pas atau tiket. Kali ini kami hanya bertiga, aku,Taufiq dan Mira manakala Abah,Umi dan Fahim masih di hotel. Baru saja masuk, kehadiran kami disedari oleh seorang pengawal lalu terus mengarahkan kami untuk keluar. Beliau menyuruh kami bertiga bersama dua orang lagi pengunjung tunggu di luar sementara beliau cuba mencari jika masih ada pengunjung yang cuba menceroboh masuk. Bimbangkan denda yang mungkin dikenakan, kami bertindak lari keluar secepat mungkin. Ketika kami berlari keluar terdengar pengawal lain sedang berhubung melalui walkie talkie mengarahkan untuk mencari perceroboh yang cuba melarikan diri. Kami segera berjalan seperti biasa sambil berharap mereka tidak menyedari kehadiran kami. Mujurlah mereka tidak perasan dan akhirnya berjaya keluar dengan selamat. Hati masih berasa bimbang takut-takut mereka cuba menghubungi polis jadi kami segera menaiki bas ke tempat lain. Kami turun di Hyde Park dan akhirnya barulah hati berasa lega.

20140617_155156
Sempat bergambar sebelum ditangkap menceroboh masuk stadium

 

Portobello Road

DSCF2175

Di Portobello Road kami berpeluang mengunjungi pelbagai kedai barangan antik. Bagi peminat-peminat barangan sebegini, Portobello Road sememangnya destinasi yang sangat ideal. Barangan bundle juga ada dijual tetapi ianya tidak lah semurah di Malaysia kerana kebanyakan barang semuanya berkualiti tinggi. Di penghujung jalan Portobello kami terjumpa sebuah kedai makan  “Makan” yang diusahakan oleh peniaga dari Malaysia.

 

Trafalgar Square

Hari ketiga di London kami berkunjung ke Trafalgar Square dan Royal Albert Hall. Terletak di Bandar Westminster, Dataran Trafagar diberi nama bersempena dengan battle of Trafalgar yang dimenangi oleh Tentera British dalam perang Napoleon pada tahun 1805. Hari ini Dataran trafalgar menjadi tumpuan pelancong dengan adanya National gallery yang menyimpan koleksi hebat lukisan-lukisan dari seluruh dunia. Namun kerana kesuntukan masa,kami tidak  berpeluang untuk masuk  dan hanya berlegar di sekitar dataran.

DSCF2278

Selepas Trafalgar, kami menaiki bas mengelilingi London, berhenti sekejap di tempat-tempat tumpuan, kemudian menyambung balik perjalanan. Kami terpaksa berbuat sedemikian kerana tempoh masa yang agak singkat di London.

20140618_133042

 

Oxford Street

Hari terakhir di London dan juga hari terakhir di Eropah, kami berkesempatan membeli belah di Oxford Street. Jalan ini sememangnya sangat terkenal dikalangan pelancong kerana lambakan pusat membeli belah pelbagai jenis barangan. Boleh dikatakan Oxford Street ibarat syurga kepada penggemar membeli-belah jadi kami juga turut mahu merasainya sekali.

Oxford-Street-Xmas-2014-geograph-4269129-by-Oast-House-Archive
Oxford Street

London pada pandangan aku merupakan sebuah destinasi yang sangat ideal untuk semua pelancong. Akses ke tempat-tempat pelancongan adalah mudah dengan adanya sistem pengangkutan yang sangat sistematik sekaligus memudahkan perjalanan kami diantara satu tempat ke satu tempat lain. Kebanyakan warga tempatan pula ternyata sangat mesra dan tidak kisah meluangkan sedikit masa untuk membantu para pelancong. Peristiwa seorang pemandu bas membuat pengumuman bertanyakan tentang tempat yang kami mahu kunjungi kepada penumpang lain masih segar dalam ingatan. Kami bertambah terharu bila tidak lama kemudian seorang penumpang turun dari tingkat atas dan segera membantu kami.

20140618_131345

 

Bersambung……

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembara Eropah 2014 Bahagian 5 (Granada,Sepanyol)

20140615_160732
Alhambra

Selepas mengunjungi Stadium Bernabeu, kami terus bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya di Alhambra, Granada. Perjalanan Bas ALSA  dari Estacion Sur De Autobuses Madrid ke Parada De Autobuses De H2 Granada mengambil masa kira-kira 5 jam. Berada di dalam bas untuk tempoh yang agak lama, aku cuba menikmati permandangan disepanjang perjalanan. Apa yang aku perhatikan kawasan di sini kebanyakkannya berlembah dan kering kontang. Cuaca pula panas terik seakan-akan  di Malaysia cuma di sini lebih kering jadi kami tidaklah cepat berpeluh. Sebaik tiba di Stesen bas Granada, kami mengambil bas ke Albaicin dan dari situ berjumpa dengan pemilik rumah yang disewa.

20140614_144357
Berhenti rehat dan makan di Abierto

 

Albaicin

DSCF1730
Suasana Albaicin pada malam hari

Albaicin merupakan salah satu daerah yang terletak di Granada (Selatan Sepanyol) dengan taburan penduduknya tinggal berdekatan kawasan yang berlembah dan berbukit. Albaicin suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan jajahan pemerintahan Islam dizaman kegemilangannya pada zaman pertengahan. Kelihatan masih ada tinggalan-tinggalan sejarah Islam disini. Di Andalusia/Sepanyol, orang Islam lebih dikenali sebagai orang Moors dikalangan warga tempatan.

Keunikan yang jelas ketara di sini adalah lorong-lorong sempit terletak diantara celahan bangunan dan rumah. Lorong ini menjadi laluan utama penduduk tempatan mahupun para pelancong  di Albaicin. Sekali imbas, kebanyakkan lorong kelihatan seakan sama sahaja jadi ianya tidak mudah bagi kami yang baru sampai. Mujurlah sebaik sahaja tiba kami disambut pemilik rumah yang membawa terus ke rumahnya.

th_8e735c5fb9f20d17096a998987c257d7_albaicin0a
Albaicin
20140614_231616
Homestay yang sangat unik dan klasik

Hari ini kami berehat sahaja di rumah dan akan berkunjung ke Alhambra keesokan harinya. Albaicin dan  Alhambra telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1984 menjadikan ia sebagai tarikan utama pelancong diseluruh dunia terutamanya menjelang musim panas. Suasana di Albaicin sangat meriah dengan pelbagai persembahan jalanan dari warga tempatan. Paling menarik perhatian aku ketika itu adalah persembahan lagu-lagu gipsi dari sekumpulan warga muda. Persembahannya cukup bersahaja tetapi sungguh menenangkan jiwa.

 

Alhambra

alhambra3_2168406b

Secara umumnya, Alhambra pada awalnya merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh pemerintah islam pada tahun 889. Pada kurun 13 di bawah pemerintahan Mohammed Ibnu Al-Ahmar sebagai Khalifah Granada, Alhambra menjalani pergubahsuaian sebelum dijadikan sebagai Istana Diraja oleh Sultan Yusuf 1 pada tahun 1333. Alhambra yang dilihat pada hari ini adalah hasil binaan Khalifah terakhir di Sepanyol yang juga dikenali sebagai Dinasti Nasyrid. Pada tahun 1492, pemerintahan Islam di Granada akhirnya jatuh ke tangan Reyes Catholicos.

DSCF1815
Masjid yang diubah menjadi gereja selepas pemeritahan Islam di Granada jatuh ke tangan Kristian

Esok hari kami bergerak ke Alhambra seawal jam 6 pagi untuk membeli tiket masuk. Walapun kaunter hanya akan dibuka bermula jam 830 pagi, kami tidak mahu mengambil risiko menunggu terlalu lama semata-mata untuk membeli tiket. Tekaan kami tepat kerana sebaik sahaja kaunter dibuka, kelihatan satu barisan panjang beratus-ratus meter beratur menunggu giliran untuk membeli tiket. Kami terselamat dan tidak sampai setengah jam sudah berjaya mendapatkan tiket. Alhamdulillah.

DSCF1743
Beratur seawal jam 6 pagi

Alhambra dibahagikan kepada beberapa kawasan seperti Alcazaba, Nasrid Palace, Partal Garden, Torres, Upper Alhambra dan juga Generalife. Apa yang cukup mengkagumkan kami adalah bagaimana Istana ini dibina dengan begitu sempurna pada zaman dahulu. Bahkan pakar dalam bidang arkitektur juga mengakui kehebatan senibina Alhambra terutamanya dari segi ketepatan geometri. Disetiap dinding istana pula dihiasi dengan kalimah-kalimah agung memuji kebesaran Sang Pencipta sekelian alam ini.

DSCF1865

20140616_090730
Generalife

 

 

San Nicholas

DSCF2067
Permandangan Alhambra dari San Nicholas

Bertempat di San Nicholas, Albaicin, permandangan Alhambra pada waktu malam adalah cukup mempersonakan. Perjalanan dari apartmen kami ke San Nicholas tidaklah begitu jauh namun lorong-lorong yang cukup mengelirukan menyebabkan kami sesat hampir 2 jam lamanya. Kami berjaya juga sampai di San Nicholas hasil bantuan seorang warga tempatan yang membawa kami terus ke sana.

Pemerhatian aku sepanjang keberadaan di Alhambra mendapati tinggalan ketamadunan Islam masih jelas kelihatan. Tulisan-tulisan khat, persembahan gipsi malahan tatu yang ditulis dalam bahasa arab membuktikan kebudayaan Islam masih lagi wujud walaupun hanya dari sudut fizikal sahaja.

20140616_091240

Sebagai tempat perlancongan pula Albaicin dan Alhambra adalah tempat yang sangat selesa dan tenang. Kemesraan penduduk tempatan, kemudahan pengangkutan dan paling penting persekitaran yang sangat kondusif untuk para pelancong memungkinkan kami untuk datang lagi pada masa hadapan. Insyallah.

The world is a book, and those who not travel read only a page – Saint Agustine

 

Bersambung….

 

 

Kembara Eropah 2014 Bahagian 4 (Madrid,Sepanyol)

Hari ini merupakan hari ke 7 kami berada di Benua Eropah. Kembara kami diteruskan dari Perancis ke Sepanyol pula kali ini. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle dengan pesawat Easy Jet dan tiba di Lapangan Terbang Barajas Madrid yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan. Walaupun hanya sekejap perjalanan, nasib kami tidak berapa baik kerana angin yang agak kuat menyebabkan turbulence ketika pesawat ingin melakukan pendaratan. Mujurlah dengan kecekapan pilot pesawat berjaya mendarat dengan selamat tanpa mendatangkan apa-apa kecederaan

20140611_153458
Lapangan Terbang Madrid

Lapangan Terbang Madrid

Kami menyewa sebuah apartmen melalui carian AirBnB yang terletak berdekatan dengan Royal Palace of Madrid. Hendak dijadikan cerita, teksi yang disediakan di lapangan terbang hanyalah jenis sedan sahaja jadi kami terpaksa berpecah kepada dua kumpulan. Jalan waktu itu agak sibuk menyebabkan teksi yang aku naiki bersama Mira ketinggalan jauh dari teksi satu lagi. Bila saja sampai, barulah aku dan Mira tahu ada berlaku salah faham diantara kedua-dua pemandu teksi yang membawa kami. Akibat salah faham itu kami berdua dihantar ke Westin Palace dan bukan Royal Palace of Madrid. Masalah timbul bila kami sendiri tidak tahu perincian apartmen kerana semuanya ada pada Taufiq. Mulanya kami mencari disekitar sahaja dengan harapan dapat lah berjumpa setidak-tidaknya bangunan Royal Palace. Hampir 45 minit mencari, ternyata jangkaan kami meleset. Sudah pasti Royal Palace berada jauh dari sini. Waktu itu aku mula berasa cemas kerana kami tidak membawa passport dan duit hanya cukup-cukup untuk membuat satu trip teksi sahaja lagi. Polis pula kelihatan ada dimana-mana menambahkan lagi rasa cemas. Mira mencadangkan untuk minum di Starbuck dan disitu dapat membuat carian internet berkaitan apartmen kami. Mujurlah selepas hampir satu jam di sana kami berjaya juga sampai di Royal Palace dengan selamat. Tidak sampai 5 minit berjalan aku terserempak dengan Taufiq yang kelihatan sudah buntu mencari kami. Selama lebih 2 jam terpisah, ayah aku sudah berkira-kira untuk menghubungi kedutaan namun syukur lah semuanya kembali seperti biasa.

DSCF2018

The only souce of knowledge is experience – Albert Einstein

Royal Palace of Madrid

Oleh kerana tempoh yang sangat singkat di Madrid, kami tidak membuang masa dan petang itu kami terus berjalan di sekitar Royal Palace. Istana ini terletak di Calle De Bailen (Jalan Bailen) dimana ianya dikelilingi dataran dan taman seperti Plaza De Orient, Plaza De Armerie dan juga Jardines De Sabatini. Almudena Cathedral pula terletak tidak jauh dari Royal Palace sekaligus memudahkan para pelancong untuk berkunjung ke sana.

Madrid_Royal_Palace_-_Night_View
Royal Palace of Madrid merupakan kediaman rasmi Keluarga Diraja Sepanyol di Kota Madrid. Pada awalnya monumen bersejarah ini merupakan tempat pemerintahan Khalifah Muhammad 1 dari Cordoba (860-880) sehinggalah mereka tewas dalam perang pada kurun ke 11. Pemerintah dari Castille, John 2 kemudian menjadikan tempat ini sebagai kediaman diraja. Pada tahun 1734 istana ini dibakar sebelum Raja Castille, Alfonso 4 membinanya semula dan masih kekal hingga kehari ini.

20140613_175123

Stadium Santiago Bernabeu

Keesokan harinya sebelum bertolak ke Granada, kami singgah sekejap di Stadium Bola Sepak Santiago Bernabeu yang menjadi kebanggaan warga Madrid sejak sekian lama. Hala Madrid!!!

santiago-bernabeu-at-night
Estiago Santiago Benabeu merupakan diantara stadium paling terkenal dan berpestij di dunia. Ia telah menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Eropah sebanyak 4 kali ; 1957,1969,1980 dan 2010. Ia juga menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Negara Eropah (1964) dan Piala Dunia pada tahun 1982. Stadium ini telah dirasmikan pada 14 Disember 1947 dengan kapasiti semasa 81044 penonton.

DSCF1524

DSCF1537

 

Bersambung….

 

Kembara Eropah 2014 Bahagian 3 (Paris,Perancis)

DSCF1297
London St Pancras International

Destinasi kami seterusnya ialah ke Paris, Ibu Kota Perancis yang dikenali sebagai Kota Cinta atau la Ville Lumière dikalangan pelancong. Dari Edinburgh, kami bertolak menaiki keretapi East Coast ke London King’s Cross St Pancras Station untuk transit yang  mengambil masa kira-kira 5 jam. Perjalanan kemudian diteruskan lagi dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi Eurostar  ke Gare Du Nord, Paris selama 2 jam Setengah. Apa yang unik mengenai perjalanan ini ialah terowong bawah tanah merentasi English Channel yang memisahkan UK dengan negara eropah lain.

DSCF1118
Keretapi Eurostar

 

Sebaik saja memasuki Perancis, aku berasa sungguh teruja. Sudah lama aku mahu ke sini melihat sendiri kehebatan senibina-senibina agung masa lampau seperti Eiffel Tower dan Arc De Triomphe. Kami melepasi perkampungan-perkampungan kecil mahupun bandar-bandar seperti Calais, Berck, Abbeville dan Amiens sebelum tiba di Stesen Gare Du Nord. Permandangan sepanjang perjalanan sangat cantik tetapi sedikit terjejas akibat tahap kebersihan yang agak mengecewakan terutamanya bila kami tiba di Ibu kota Paris.

In the end,we only regret the chances we didn’t take – Unknown

Menginap di Le Kremlin Bicetre iaitu kira-kira 40 minit perjalanan Metro dari Gare Du Nord, kami segera ke sana memandangkan hari sudah agak senja.

20140612_115137
Le Kremlin-Bicetre

 

Eiffel Tower

gallery-1444338501-eiffel-tower-at-night
Permandangan Eiffel pada waktu malam

Menara Eiffel  ialah sebuah menara besi yang dibina di Champ de Mars bersebelahan dengan Sungai Seine di Paris. Menara ini merupakan menara tertinggi di Kota Paris malah sudah dikenali seluruh dunia sebagai simbol bagi Negara Perancis. Dinamakan bersempena perancangnya, Gustavel Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005  dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina . Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

DSCF1390

Awal-awal pagi keesokan harinya kami bergerak ke Eiffel Tower dengan menaiki Metro dan turun di stesen Champ de Mars/Tour Eiffel. Tujuan kami untuk tiba awal di sini dengan harapan dapat mengelak kesesakan para pelancong namun sebaliknya pula yang berlaku. Kelihatan perkarangan Eiffel sudah dipenuhi dengan lautan manusia. Menurut Taufiq, keadaan seperti ini tidaklah luarbiasa lagi-lagi pada musim panas. Namun kami tetap bersyukur seadanya kerana telah berjaya sampai ke sini dan dapat melihat sendiri kehebatan monumen Eiffel Tower ini.

DSCF1403

 

20140612_132308

Pada mulanya ada juga niat dihati ingin naik dan melihat bandar Paris dari Eiffel Tower. Namun bila melihatkan barisan panjang para pelancong yang sudah beratur, kami segera melupakan hasrat tersebut. Kami berjalan-jalan di sekitar Eiffel Tower dan juga di perkarangan taman yang berdekatan, mengambil seberapa banyak gambar yang boleh untuk dijadikan kenangan. Walaupun para pelancong sangat ramai kami tidaklah terasa begitu terganggu malah masih mampu menikmatinya dengan tenang. Cuma kehadiran penjaja-penjaja haram yang bersikap agak menekan semasa menjual barangan mereka membuatkan kami berasa kurang selesa. Ada juga scam yang meminta pelancong menulis nama diatas kertas derma namun meminta duit dengan kadar yang berlebihan. Sebelum pulang kami singgah di kedai cenderahati berdekatan dengan stesen metro untuk membeli sedikit saguhati.

20140612_125711
Barisan panjang pelancong yang beratur untuk membeli tiket

Trocadero

Petang hari aku keluar bersama Mira ke Trocadero. Di sini kami dapat menikmati permandangan Eiffel Tower yang lebih cantik. Kami bernasib baik kerana sebaik sahaja tiba di Trocadero, kelihatan persembahan jalanan berkemungkinan besar dari pelancong negara Arab dan Jepun.

20140612_192641

20140612_194516

Selepas itu kami sempat ke Paris Saint German dan Lourve sebelum pulang ke apartmen.

musee-du-louvre
Lourve

Adakah Paris Layak Digelar Kota Cinta?

Bandar yang agak kotor, warga tempatan yang kurang peramah, kebanjiran imigran yang berleluasa, scam dan sebagainya. Adakah ini ciri-ciri sebuah kota cinta? Pada pendapat aku, Paris boleh dikatakan sebuah destinasi perlancongan yang sangat overated. Memang monumen-monumen sejarahnya sangat hebat dan unik, namun apa yang lebih  penting adalah kelakuan rakyatnya yang melambangkan identiti mereka. Aku tidak menyesal datang ke sini, tetapi jika diberi pilihan antara negara eropah lain, Paris semestinya bukan pilihan utama aku.

 

Bersambung….

 

 

 

Kembara Eropah 2014 Bahagian 2 (Edinburgh, Scotland)

20140610_143507
Stesen Keretapi

20140610_092831Hari ketiga kami memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu di Edinburgh, Scotland. Pagi-pagi lagi kami ke Stesen Keretapi Nottingham, dan dari situ kami menaiki keretapi laju terus ke Edinburgh. Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga menaiki keretapi jarak jauh di Eropah dan perasaan aku waktu itu sememangnya teruja. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam namun tidaklah dirasakan begitu lama kerana kami menikmati permandangan yang sangat cantik. Kami menyelusuri perkampungan-perkampungan mahupun pekan-pekan kecil di Utara England seperti Doncaster, York, Darlington, Newcastle dan Alwick sebelum merentasi sempadan Scotland. Memasuki Scotland, kami melalui Ayton, Cockburnspath, Dunbar sebelum tiba di Waverley Station di Edinburgh.

20140610_101117
Sempat bergambar sementara menunggu keretapi tiba

20140610_105005

Edinburgh

Edinburgh
Bandar Edinburgh

Terletak di Selatan Scotland, Edinburgh merupakan ibu negeri dan bandar kedua terbesar di Scotland. Menjadi Ibu Negeri Scotland sejak tahun 1437 lagi, bandar ini sangat terkenal dikalangan pelancong di dalam dan luar negara. Lebih sejuta pelancong diseluruh dunia datang ke Edinburgh setiap tahun, menjadikan bandar ini kedua paling banyak dilawati di United Kingdom selepas London. Bancian juga menunjukkan Edinburgh sering kali menjadi pilihan sebagai tempat paling baik untuk didiami.

Edinburgh_Waverley_railway_station_16-07-2005
Waverly Station

Sebaik sahaja tiba, aku berasa sungguh kagum dengan keunikan Bandar Edinburgh. Sekali pandang seperti bandar gothic kerana dikelilingi oleh bangunan-bangunan dengan senibina zaman pertengahan ataupun medieval period. Aku terfikir sejenak bagaimana mereka boleh mengekalkan senibina sebegini unik hingga ke hari ini dalam keadaan yang sangat baik seolah-olah baru sahaja dibina beberapa tahun lepas. Aku beranggapan sudah tentu kerana etika rakyatnya yang cukup hebat dalam menjaga warisan nenek moyang mereka.

 

Dari Waverley Station, kami mengambil teksi ke Pelabuhan Leith. Apartment yang kami sewa selama 2 hari terletak di pelabuhan ini dan hanya 20 minit perjalanan dari Bandar Edinburgh. Ayah aku membuat keputusan untuk menyewa di sini dan tidak di bandar edinburgh kerana permandangannya sangat cantik selain harga sewaan yang berpatutan. Hari tersebut kami tidak bercadang untuk terus melawat Bandar Edinburgh, jadi hanya berehat di apartment dan berjalan-jalan di sekitar Pelabuhan Leith sahaja.

Royal Mile Street

20140610_193521Pagi hari keempat kami ke Royal Mile Street di Bandar Lama Edinburgh. Tempat ini saban tahun menjadi destinasi wajib bagi pelancong-pelancong yang datang ke Edinburgh kerana keunikan senibinanya. Diwartakan UNESCO sebagai tapak warisan dunia, jalan sepanjang satu batu ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Castlehill, Lawnmarket, Highstreet, Canongate dan Abbey Strand.

Royal-Mile
Royal Mile Street

Kami lihat pelancong sangat ramai di sini jadi tidak peliklah jalan ini merupakan jalan paling sibuk di Edinburgh. Banyak kedai-kedai makan, cafe dan juga kedai cenderahati di sepanjang jalan sekaligus memudahkan para pelancong untuk singgah setelah selesai melawat tempat-tempat bersejarah di Bandar Lama ini.

20140610_192824

Ada juga kelihatan warga tempatan yang membuat persembahan jalanan seperti menyanyi dan menari, bermain skateboard namun paling menarik perhatian kami ialah seorang lelaki berpakaian tradisional Scotland bermain lagu rakyat menghiburkan para pelancong.

DSCF1195
Bergambar bersama pemuzik jalanan

Sepanjang kami berjalan disini, kami dapati warga termpatan sangat peramah dan mesra dengan pelancong sama juga ketika berada di England. Walaupun pun dialek di sini agak sukar difahami oleh orang luar, namun tidak menghalang mereka untuk berkomunikasi dengan para pelancong.

20140610_193631
Castle Hill

Antara tempat-tempat bersejarah dilawati seperti Edinburgh Castle, Palace of Holyroodhouse, St Giles Cathedral, Tower of New College, Parliment House, dan juga Tron Kirk. Sepanjang hari kami berada di Bandar Lama ini jadi kami tidak berpeluang untuk ke tempat menarik yang lain di Edinburgh kerana esok kami akan ke Paris pula.

edinburgh_castle
Edinburgh Castle

20140610_124641

20140611_032454

Bersambung…

 

 

 

Kembara Eropah 2014 Bahagian 1 (Nottingham,England)

Ini merupakan kembara pertama aku ke Eropah, dan buat kali pertamanya aku bersama keluarga mengembara ke luar negara. Mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita Hollywood mahupun melalui dokumentari yang menceritakan tentang keindahan dan kecantikan negara-negara di Eropah, aku sangat berharap untuk sampai ke sana suatu hari nanti. Dan alhamduillah, impian aku akhirnya tercapai. Setiap orang pastinya mempunyai cita-cita yang tersendiri, dan ini merupakan salah satu impian aku juga keluarga tercinta. Aku berterima kasih kepada adik aku, Taufik kerana tanpanya kami tidak mungkin dapat menjejakkan kaki di Eropah. Secara ringkasnya trip kami melibatkan 4 buah negara iaitu England, Scotland, Perancis dan Sepanyol.

Bukankah harapan dan cita-cita yang membuatkan kita mampu meneruskan kehidupan ini?

Perjalanan kami bermula di KLIA dengan menaiki pesawat penerbangan MAS yang mengambil masa kira-kira 13 jam lamanya dan tiba di Lapangan Terbang Healthrow, London. Untuk berada di dalam kapal terbang pada suatu tempoh yang sebegitu lama amat mencabar bagi aku. Masalah utamanya aku sukar nak melelapkan mata jadi sepanjang perjalanan aku berjaya menghabiskan 5-6 movies dan tidur hanya 1-2 jam sahaja.

20140609_164436
Teksi yang tipikal di England

Sebaik tiba kira-kira jam 5 petang waktu UK, kami meneruskan perjalanan ke Nottingham. Kami tinggalkan dahulu London sebagai destinasi terakhir kembara kami. Kata orang “Save the best for last“. Cuaca di sini walaupun pada musim panas ternyata masih dingin (10 ‘c) jadi kami segera memakai baju sejuk. Bimbang juga kalau-kalau demam atau selsema nanti sudah pasti mengganggu perjalanan kami.

20140609_172350
Universiti Nottingham

Nottingham

20140609_005521
DI rumah Taufik

Kami sepatutnya bertolak ke Nottingham menaiki Keretapi namun kerana masa ketibaan yang agak lewat, kami tidak sempat menaikinya. Tiket sudah dibeli awal-awal melalui online jadi terpaksalah menanggung kerugian kira-kira RM 1200!!! Hari pertama kembara, kami sudah dapat pengajaran yang sangat berguna. Perancangan trip seharusnya lebih bersifat fleksibel bila melibatkan masa supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan. Kami kemudian membeli tiket bas untuk ke Nottingham.

20140609_125501
Penat jetlag yang masih belum hilang

Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Setibanya di Nottingham, kami berehat di rumah Taufik. Penat akibat jetlag masih belum hilang jadi kami tidak ke mana-mana malam itu. Aku dapati suasana di Nottingham sungguh nyaman dan sangat selesa. Rumah-rumah di sini pula klasik dan cantik, dimana ia masih mengekalkan binaannya mungkin sudah beratus tahun lamanya. Tahap kebersihan di persekitaran Nottingham juga sangat mengagumkan.

20140609_100108

Nottingham University

Nottingham University
Universiti Nottingham

20140609_174149Hari kedua di Nottingham kami mulakan dengan berjalan-jalan di sekitar Universiti Nottingham. Universiti ini terletak berdekatan sahaja dari rumah Taufik, jadi kami hanya berjalan kaki saja ke sana. Sejarahnya Universiti ini dibina sejak tahun 1881 lagi dengan pelbagai jenis kursus ditawarkan. Kebanyakan struktur bangunan di Unversiti Nottingham masih dikekalkan sehingga ke hari ini menjadikan permandangannya sungguh klasik.

20140609_104841

20140609_102010
Di perkarangan universiti

Nottingham Castle dan Kisah Robin Hood

Nottingham-Castle
Istana Nottingham

Di bina sejak tahun 1076, Istana Nottingham dipercayai pernah menjadi medan pertempuran hero rakyat pada zaman dahulu kala iaitu Robin Hood dengan Sherif Nottingham. Robin Hood mengikut penceritaan sejarahnya menjadi sangat terkenal di kalangan rakyat kerana keberaniannya merompak golongan bangsawan untuk diberikan hasil rompakan kepada orang-orang miskin. Kisah hidup Robin Hood banyak diadaptasikan ke dalam filem-filem Hollywood dengan menonjolkan kepakarannya bermain pedang dan memanah.  Ketika masih kecil aku juga tidak terlepas menjadikan Robin Hood sebagai idola kerana kehebatannya bermain pedang.

20140609_154104
Robin Hood Statue

Nottingham City Center

Nottingham_city_centre
Nottingham City Center

Sebelum pulang ke rumah, kami ke pusat bandar Nottingham yang juga dikenali sebagai dataran pasar lama. Kami tidak membeli apa-apa disini, hanya bersiar-siar menikmati permandangan juga melihat gelagat warga tempatan yang aku sedari sangat peramah orangnya.

20140609_141642
Enter a caption

 

 

Bersambung…….

 

 

 

KOREA SELATAN BAHAGIAN AKHIR (SEOUL), MARCH 2015

Sambungan….

 

IMG_1636
King Sejong The Great

Setibanya di Dongdaemun, kami terus bergerak mencari Philstay Guesthouse yang terletak berdekatan sahaja dengan stesen LRT Dongdaemun History and Culture Park. Namun begitu kira-kira 1 jam kemudian kami masih belum menemuinya. Kepadatan bangunan-bangunan tinggi dan besar di Dongdaemun menyukarkan pencarian guesthouse. Waktu ketika pula itu sudah menunjukkan jam 1o malam, di mana cuaca mula bertambah sejuk. Kami ada bertanya kepada warga tempatan namun kesemuanya tidak tahu guesthouse tersebut atau tidak faham apa yang ditanyakan.

zaha-hadid-seoul-dongdaemun-design-park-designboom-02
Dongdaemun History and Culture Park
IMG_2020
Ahjumma

Kami membuat keputusan untuk singgah di kedai coffee berhampiran supaya di situ dapat lah melayari internet seterusnya mencari direction yang betul ke Guesthouse. Ternyata kami sangat bernasib baik kerana pemilik kedai, sepasang suami-isteri berumur dalam lingkungan 60-an sangat bermurah hati menolong kami. Kalau nak diikutkan waktu operasi kedai tentunya sudah tutup namun mereka menundanya supaya kami dapat mencari tempat penginapan yang sudah ditempah awal itu. Heater yang sudah siap disimpan dikeluarkan kembali bila melihatkan kami berada dalam kesejukan. Ahjossi ada membuat panggilan kepada rakan-rakannya namun semuanya berhasil. Kami pula menemui kesukaran membuat carian di internet kerana google map yang diterjemah secara automatik ke dalam Bahasa Korea. Namun selepas Ahjumma membantu menterjemah ke dalam Bahasa Inggeris akhirnya kami berjaya menemui Philstay Guesthouse. Ahjumma kemudiannya menemani kami ke Guesthouse tersebut tanpa memakai sehelai pun baju sejuk ataupun warmer. Kami bersyukur kerana ditemukan dengan orang yang sebaik seperti Ahjossi dan Ahjumma. Ekoran daripada peristiwa itu, setiap malam sebelum tidur kami akan singgah di kedai tersebut untuk membeli coffee juga mengambil kesempatan untuk berbual dan berkenalan dengan lebih dekat Ahjossi dan Ahjumma. Pada hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia, kami memberikan mereka wang kertas 10 Ringgit Malaysia sebagai saguhati perkenalan. Kebaikan mereka akan selamanya tersemat di hati kami.

SEOUL

Oleh kerana kami mempunyai banyak masa yang boleh diluangkan di Seoul berbanding di tempat-tempat lain, perjalananan menjadi lebih relaks dan fleksibel. Kami menyenaraikan semua tempat menarik yang ada di sini, dan akan pergi mengikut kesempatan masa yang ada.

seoul

Dengan adanya kad diskaun T-Money, kami menggunakan kenderaan awam seperti LRT dan bas untuk menjimatkan kos perbelanjaan pengangkutan. Sistem pengangkutan di Korea secara keseluruhannya adalah sangat baik dan sistematik. Hampir kesemuanya menepati masa mengikut jadual yang diberi. Kebersihannya juga sangat dititik beratkan bagi menjamin keselesaan para penumpang.

seou winter
Seoul pada musim sejuk

Gyeongbokgung dan Changdeokgung

IMG_1554
Gyeongbokgung

Ini merupakan destinasi kami yang pertama ketika berada di Seoul. Catatan sejarah memberitahu Gyeongbokgung dan Changdeokgung sebagai salah satu istana yang di bina semasa era kegemilangan Dinasti Joseon. Gyeongbokgung diistiharkan sebagai istana terbesar yang dijadikan pusat pemerintahan Dinasti Joseon. Menariknya tempat ini bagi kami kerana ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seoul dan bangunan-bangunan tinggi yang serba canggih dan moden pula di bina mengelilingi kawasan istana ini. Bagi menghidupkan lagi suasana di istana-istana ini, perarakan keluar masuk Tentera Joseon akan diadakan setiap sehari sama juga seperti perarakan yang dijalankan setiap hari di Buckingham Palace, UK.

IMG_1548
Panglima Tentera Dinasti Joseon

Insadong dan Dongdaemung Market

small_shops_near_ssamziegil_market_in_insadong_seoul

Bagi yang gemar membeli belah dan suka mencari souvenier ketika melancong, Insadong dan Dongdaemung pasti menjadi pilihan yang sangat sesuai. Di kedua-dua tempat ini terdapat pasar yang menjual pelbagai barang dengan harga yang berpatutan. Suasana Pasar di sini sama sahaja jika nak dibandingkan dengan pasar-pasar yang ada di Malaysia, cumanya sangat ketara perbezaan dari segi kebersihan persekitaran pasar yang sentiasa terjaga. Disebabkan kami tidak pun berhasrat untuk membeli belah, jadi kami berjalan-jalan sahaja sambil melihat gelagat warga tempatan yang sangat rajin berniaga. Persaingan yang hebat membuatkan mereka bekerja lebih keras untuk menarik perhatian para pelancong.

IMG_1693

Namsan Park

IMG_1814
Love of Lock, Namsan Tower

Perjalanan kami ke Namsan Tower tidak berjalan dengan begitu mudah apabila kami sesat hampir 2 jam lamanya. Mulanya kami turun satu stesen awal sebelum hentian yang sepatutnya. Kami membuat keputusan untuk berjalan sahaja namun malangnya kami tersesat. Kali ini, pemandu bas pula menjadi penyelamat apabila membawa kami ke stesen bas yang betul tanpa mengenakan sebaran caj. Sekali lagi kami berasa syukur dengan pertolongan yang diberikan dan kami hanya mampu berterima kasih!!!

Itaewon

IMG_1997
Masjid Seoul

Itaewon terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong dari seuruh dunia. Kami pun tidak pasti apa sebab utamanya tetapi memang sangat ramai foreigner kelihatan Itaewon. Kedai runcit dari Pakistan, India, malah Turki kelihatan di mana-mana sahaja. Kedai makan Malaysia/Indonesia/Singapore juga ada kelihatan di sini jadi kami tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera. Selesai makan kami singgah sembahyang di Masjid Seoul, masjid pertama yang dibina di Korea pada tahun 1976.

Bukchon Hanok Village

Bukchon-Hanok-Village

20150305_165509Terletak di tengah-tengah kesibukan kota, Bukchon Hanok Village merupakan perkampungan tradisi Korea yang telah wujud 600 ratus tahun lamanya . Apa yang mengagumkan tentang perkampungan ini ialah bagaimana ia masih mengekalkan ciri-ciri tradisi pada binaan rumah  dan struktur lain sehingga ke hari ini. Kami juga mendapati rumah-rumah tradisional ini kebanyakannya masih didiami walaupun menjadi tumpuan para pelancong di serata dunia.

 

Gangnam Street

Malam terakhir di Korea kami meluangkan masa di Gangnam Street, kawasan yang sangat terkenal  dikalangan warga muda Korea untuk berhibur. Di sepanjang jalan kelihatan pemuzik-pemuzik jalanan membuat persembahan untuk menghiburkan para peminat. Kepelbagaian genre persembahan ditampilkan berjaya menarik perhatian para pengunjung sehingga lewat malam. Walaupun tidak paham satu apa pun yang dinyanyikan atau dipersembahkan kami masih juga tetap terhibur.

Kesimpulan

Kami pulang ke Malaysia dengan hati yang gembira bersama-sama kenangan yang sangat bermakna. Banyak benda yang kami pelajari sewaktu pengembaraan ini dan semestinya akan dijadikan panduan untuk kehidupan mendatang. Kekurangan perincian trip contohnya mendatangkan banyak masalah tetapi pada masa yang sama kami lebih banyak berkomunikasi dengan warga tempatan. Kekangan bahasa sesekali tidak menghalang mereka untuk menolong kami dan ini menjadikan kami lebih dekat dengan Korea.

Truly those who believe and perform righteous deeds — they are the best of creatures (Quran 98 : 7)

Korea sememangnya sebuah negara yang sangat hebat dari segala aspek. Pada pandangan aku, jika Malaysia bercita-cita mahu menjadi sebuah negara maju suatu hari nanti, Korea Selatan semestinya boleh dijadikan contoh yang terbaik.

IMG_1896
Durian yang diimport dari Malaysia

 

 

IMG_1683
Permainan tradisi Korea

 

KOREA SELATAN BAHAGIAN 5 (Namiseom), MARCH 2015

Sambungan….

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di Korea Selatan iaitu Bandar Seoul. Namun sebelum tiba di sana kami sempat singgah di Pulau Nami yang terletak tidak jauh dari Hongcheon. Kami mengambil bas ekpress ke Chungcheon (transit) dan dari situ terus ke Gapyeong. Setibanya di Gapyeong, kami membeli tiket bas pelancong yang akan berhenti di setiap titik tarikan para pengunjung di sekitar Gapyeong seperti Pulau Jara, Pulau Nami, Petite France, dan berakhir di The Garden Of Morning Calm.

Petite France
Petite France
The Garden Of Morning Calm
The Garden Of Morning Calm

Bermula dari Pulau Nami sehinggalah ke Seoul, perjalanan trip kami mempunyai lebih banyak gap dan fleksibiliti dari segi masa mahupun aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berbeza sekali ketika di Hongcheong, Sokcho mahupun Busan. Di tempat-tempat ini kami menetap dalam tempoh masa yang sangat singkat. Ini bermakna jika kami ada terlambat atau terlepas menaiki bas mahupun LRT, terlambat bangun tidur, tersesat jalan dan banyak lagi perkara tidak diduga, kemungkinan besar kami tidak dapat melakukan aktiviti yang dihajati selama ni.

Namiseom

Permandangan Pulau Nami pada musim luruh
Permandangan Pulau Nami pada musim luruh

Apa yang menariknya di Pulau Nami ialah tiada satu tiang telekomunikasi pun diletakkan di kawasan ini dengan tujuannya mengekalkan persekitaran semulajadi. Di seluruh kawasan pulau kecil ini pula dipenuhi dengan pokok chestnut dan pokok poplar menjadikan permandangannya sangat cantik terutama pada musim luruh. Antara aktiviti menarik boleh dijalankan di sini seperti sukan air, berkhemah, roller skating dan tentunya Zip Wire yang menjadi terkenal sejak akhir-akhir ini. Pun begitu kami tidak sempat menjalankan sebarang aktiviti akibat kesuntukan masa. Namun begitu cukuplah bagi kami dapat menikmati permandangan yang cantik dan bergambar untuk dijadikan kenangan. Kami dapati sudah ramai pelancong dari Malaysia yang datang ke sini sehinggakan banyak bendera Malaysia digantung merata tempat malah perkataan seperti “Selamat Datang” dan “Terima kasih” juga jelas tertera di sekitar Pulau ini.

20150304_175807

20150304_180034 20150304_180136 20150304_180324 20150304_181200 20150304_182358

Sejarahnya Pulau Nami pernah menjadi tempat penggambaran filem terkenal Winter Sonata. Waktu filem ini ditayangkan di Malaysia, ia menjadi kegilaan para peminat dan aku juga tidak terkecuali. Fenomena filem inilah yang menjadikan Pulau Nami terkenal di seluruh dunia.

Tugu pelakon Winter Sonata di Pualu Nami
Tugu pelakon Winter Sonata di Pualu Nami

Stesen Subway  Gapyeong
Selesai berjalan di Pulau Nami, kami bertolak ke Seoul menaki subway di Stesen Gapyeong. Di sana kejadian melucukan terjadi sewaktu kami sedang bertanyakan tentang subway mana seharusnya dinaiki untuk ke Bandar Seoul kepada seorang Ahjumma. Mulanya beliau seperti segan hendak menjawab soalan yang diajukan. Namun sebaik sahaja bercakap tidak pula mahu berhenti sehingga 20-30 minit lamanya.  Apa yang lucu percakapannya 100 peratus dalam Bahasa Korea dan kami langsung tidak memahaminya. Kami hanya mampu berkata “de, de, de” seolah-olah faham apa yang beliau tuturkan namun sebenarnya langsung tidak. Aku sudah tidak dapat menahan gelak dan caranya aku memberi alasan mahu ke tandas. Aku tidak mahu gelak di depan beliau kerana takut hatinya terluka pula.

Gapyeong. Ahjumma ini telah membantu kami menaiki dan berhenti di stesen yang LRT yang betul.
Gapyeong. Ahjumma ini telah membantu kami menaiki dan berhenti di stesen yang LRT yang betul.

20150305_010020Perbualan sebelah pihak bersama Ahjumma itu berpanjangan sehingga ke dalam keretapi. Ada penumpang yang menyedari keadaanyang sangat janggal ini tetapi kami tidak mampu berbuat apa-apa. Namun aku kagumi sikap beliau yang ikhlas membantu. Beliau pada awalnya mahu turun di stesen sebelumnya tetapi membatalkan hasratnya kerana risau kami turun di stesen yang salah. Sebaik sahaja tiba di stesen Dondaemun Culture and History, beliau menyuruh kami turun dan kemudian terus berpatah balik ke stesen yang mahu ditujuinya tadi. Beliau juga ada memberikan sedikit buah tangan sebagai tanda perpisahan. Aku berasa sungguh terharu dengan kebaikan Ahjumma itu.

Guest House di Dongdaemun
Guest House di Dongdaemun

Bersambung……..

KOREA SELATAN BAHAGIAN 4 (HongCheon), MARCH 2015

Sambungan….

IMG_0699Dari Sokcho kami mengambil bas ekspress terus ke Hongcheon. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dan tiba di sana pada jam 830 malam. Kemudian dari situ kami mengambil bas henti-henti ke Vivaldi Ski Park  yang memakan masa kira-kira 40 minit perjalanan.

Rancangan awal kami pada mulanya mahu bermain ski pada waktu malam untuk menjimatkan sekurang-kurangnya kos satu hari penginapan. Namun usaha kami tidak berjaya kerana Vivaldi hanya beroperasi pada waktu siang. Kebiasaannya pada waktu puncak (peak season) Vivaldi dibuka 24 jam sehari.

Hongcheon Winter Festival
Hongcheon Winter Festival

Ini merupakan kali kedua situasi tidak mengikut seperti mana yang dirancangkan. Oleh itu kami memerlukan plan b untuk menyelesaikan masalah ini. Kami ada bertanya kepada staf mahupun pelanggan namun semuanya tidak dapat memberikan jawapan yang meyakinkan. Sewa penginapan di Hotel Vivaldi (Rm 800 untuk satu malam) terlalu mahal dan tidak mungkin kami mampu membayarnya. Menambahkan lagi kerumitan, di situ hanya terdapat Hotel Vivaldi dan jika kami menolak opsyen ini terpaksa lah berpatah balik paling tidak pun ke Hongcheon.

Vivaldi Ski Park
Vivaldi Ski Park

Sedang kami berfikir jalan penyelesaian terbaik, tiba-tiba sahaja salji mula turun membasahi bumi Vivaldi. Kami sungguh terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mengikut ramalan cuaca sudah tidak ada salji yang akan turun lagi. Sebelumnya semasa berada di dalam bas menuju ke Vivaldi, ada lah kami ternampak bibit-bibit salji tapi sangat halus. Tetapi kali ini salji yang turun betul-betul jelas kelihatan. Aku tidak lagi bermimpi dan harapan aku sudah menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Sahabat aku pula tidak lagi dapat menyembunyikan perasaannya, terus sahaja menjerit kegembiraan juga dengan penuh rasa terharu.

IMG_1098

Kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke Hongcheon kerana di situ terdapat banyak penginapan yang lebih murah. Sebelum pulang sempat kami mengukir kenangan di atas salji yang jatuh sebagai tanda pertama kali kami melihat dan merasai sendiri fenomena salji.

Pengalaman salji pertama kali
Pengalaman salji pertama kali

Setibanya di Hongcheon, angin mula bertiup kencang seolah-olah mahu dilanda ribut. Kami masih mencari guest house yang sesuai namun cuaca seperti ini sememangnya menyukarkan keadaan. Mujur kami terjumpa pasangan Ahjossi dan Ahjumma yang menolong kami mencarikan guest house. Pemilik guest house pula sangat bermurah hati memberi potongan sehingga separuh harga untuk sewaan satu hari.

Ski

Bermain ski bukanlah suatu perkara yang mudah. Aktiviti ini memerlukan skil atau kemahiran yang tinggi di mana tidak mungkin kita dapat menguasainya dalam tempoh yang singkat. Kami yang sebelum ini tidak pernah sekali pun bermain ski hanya bercadang untuk merasai serba sedikit pengalamannya.

Alatan meluncur
Alatan meluncur

Di Vivaldi, terdapat sehingga 3-4 kecerunan/slope trek salji yang berbeza-beza mengikut tahap kesukaran dan kepakaran masing-masing. Bagi yang sudah berada pada tahap pro bolehlah bermain di slope yang lebih curam dan melalui semua halangan yang disediakan. Bagi beginner atau first timer seperti kami pula hanya dibenarkan bermain di slope yang paling landai. Kami juga diingatkan sekurang-kurangnya mengetahui asas bermain ski/snowboard sebelum boleh bermain di trek tersebut.

Vivaldi pada waktu malam
Vivaldi pada waktu malam

Awalnya kami hanya belajar asasnya namun 1-2 jam kemudian sudah mula berasa bosan. Tanpa berfikir panjang, kami memutuskan untuk cuba meluncur di trek beginner. Dari jauh kelihatan trek ini tidak lah terlalu sukar dan bahaya membuatkan kami lebih yakin dapat meluncur. Dan ternyata jangkaan kami amat meleset sama skali. Sahabat aku ketika landing dari kereta kabel pun sudah jatuh tergolek-golek. Aku pula bila mula meluncur tidak habis-habis terjatuh dan melekat di jaring keselamatan. Impaknya kami sedari bukan lah sebarangan. Boleh jadi mendapat kecederaan yang serius jika jatuh dengan cara yang bahaya. Memikirkan risiko ini aku terus berputus asa. Aku turun ke bawah dan kembali bermain di kawasan yang bersesuaian dengan kemampuan diri.

IMG_1281
Sebelum mula bermain

20150304_104016(0)

20150304_112251

Jatuh dan jatuh lagi
Jatuh dan jatuh lagi

Bersambung…..