Kembara Eropah 2014 Bahagian Akhir

Kembara kami di bumi Eropah sudah berakhir. Walaupun kembara ini hanya berusia 14 hari, namun begitu banyak pengalaman suka dan duka aku lalui bersama keluarga tercinta. Mengembara ke sebuah benua yang hebat pada zaman ini mahupun waktu silamnya ibarat mimpi menjadi kenyataan apatah lagi diharungi bersama keluarga pula.

DSCF2488
London Bridge

Kembara pada kali ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih baik. Rata-rata warga Eropah yang aku perhatikan mempunyai nilai dan etika yang sangat tinggi. Ciri-ciri keperibadian mereka boleh aku katakan menghampiri kepada Islam. Jujur, sopan dan ikhlas adalah ciri-ciri yang sangat jelas ada pada mereka. Mungkin kerana inilah negara-negara di Eropah sentiasa dilihat ke depan dalam semua aspek. Rakyat yang cemerlang akan melahirkan kepimpinan yang hebat dan akhirnya sebuah negara yang agung dan gemilang.

DSCF1402
Eiffel Tower

Menyingkap kembali sejarah negara-negara Eropah suatu ketika dahulu pernah melalui zaman kegelapan atau kehancuran akibat kemerosotan ekonomi dan budaya. Namun tibanya Islam di Eropah mengubah segalanya. Kemaraan Islam di Eropah memberi inspirasi kepada mereka untuk kembali bangkit. Nilai-nilai murni dan mulia yang ada pada Islam waktu itu pula diterapkan ke dalam budaya mereka dan dilihat masih kekal sehingga ke hari ini.

Di Paris, aku lihat Islam tanpa Muslim manakala di Mesir aku melihat Muslim tanpa Islam -Thahthawi

20140610_134122
Royal Mile Street

Sepanjang keberadaan aku di sana ini amat jarang aku berasa takut atau tidak selamat. Walaupun berada jauh beribu batu dari negara sendiri, jarang sekali aku berasa bimbang diragut, dirompak dan banyak lagi yang seumpamanya. Malah ada ketikanya aku berasa lebih selamat berada di negara asing berbanding di negara sendiri.

DSCF2022
Alhambra

Untuk menjadi sebuah negara maju dan aman makmur, rakyat perlu berpegang teguh pada prinsip dan nilai-nilai kehidupan yang tinggi. Dari sini lah akan terbentuk sebuah komuniti yang hebat dan seterusnya melahirkan pemimpin yang akan membawa kemakmuran pada negaranya.

20140610_144235
Edinburgh

Kembara aku insyallah tidak akan berakhir di sini sahaja. Eropah menjadi titik tolak untuk aku terus mengembara, untuk aku terus mencari ilmu agar suatu masa nanti dapat pula aku menyumbang dan membantu masyarakat seadanya. Ilmu itu jika tidak dapat dikongsi bersama tiadalah gunanya dan sia-sia sahaja.

DSCF2486
Tower of London

 

Tamat…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s