Kembara Eropah 2014 Bahagian 6 (London,England)

DSCF2132
Lapangan Terbang Malaga

London adalah destinasi terakhir kembara kami di Eropah. Dari Granada kami bertolak ke Malaga dan dari situ menaiki pesawat penerbangan British Airway selama 2 jam sebelum tiba di Lapangan Terbang Gatwick. Di London kami menginap didua tempat berasingan iaitu pertama di West Brompton untuk 2 hari dan 2 hari terakhir pula disekitar Bayswater yang terletak berdekatan sahaja dengan Kedutaan Malaysia.

 

London

_85798724_1920xxxjasonhawkes-0056
London

London merupakan Ibu Kota England dan United Kingdom yang juga dikenali sebagai kawasan metropolitan terbesar diseluruh United Kingdom. Terletak di pesisir Sungai Thames, London menjadi petempatan masyrakatnya sejak 2000 tahun dahulu lagi. Mengikut sejarah, perkataan “London” itu berasal dari perkataan Londonium yang diberi nama oleh Empayar Rom suatu ketika dahulu.

DSCF2431
Hyde Park

Sebagai sebuah bandaraya global, London menjadi peneraju hebat dalam semua bidang merangkumi seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan juga pengangkutan. Maka tidak hairan lah London mampu menarik berjuta-juta pengunjung setiap tahun. Berikutan dari itu pelancongan menjadi salah satu industri terpenting di London dengan purata perbelanjaan tahunan pelancong berjumlah kira-kira £15 bilion. Bandar ini berjaya menarik kira-kira 14 juta pelancong setiap tahunmenjadikan ia bandaraya paling ramai pengunjung pernah direkodkan.

DSCF2328
Memorial bagi negara-negara yang pernah membantu British semasa perang dunia ke-2

 

Buckingham Palace

buckingham-palace-21976488
Buckingham Palace

Hari ke 11 di Eropah dan hari kedua di London, kami berkunjung ke Buckingham Palace yang terletak di Bandar Westminster. Istana ini merupakan kediaman rasmi Ratu/Raja yang juga berfungsi sebagai pejabat diraja United Kingdom.

DSCF2406

20140618_114716
Queen’s Life Guard

Waktu dahulu ketika masih kecil, aku banyak menonton komedi pelawak hebat Mr Bean. Antara babak yang sering kali membuat aku ketawa sudah tentu ketika beliau mengganggu pengawal bertugas di Istana Buckingham dan hari ini kami cukup bernasib baik kerana sampai tepat pada waktunya untuk menyaksikan perbarisan pengawal diraja. Perbarisan ini adalah bersempena pertukaran skuad pengawal yang berada di Buckingham Palace dan St James Palace dimana ianya diadakan tepat pada jam 1130 pagi setiap hari dimusim panas.

 

London Bridge & Tower of London

london-bridge-night

Selesai sahaja perbarisan di Istana, kami berkunjung pula ke London Bridge yang cukup terkenal dan begitu sinonim dengan identiti London. Perkarangan London Bridge sewaktu kami tiba kelihatan sangat sesak dengan kehadiran pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang melawat jambatan bersejarah ini. London Bridge mengingatkan aku kepada nostalgia zaman kanak-kanak dahulu melalui lagunya “London Bridge is Falling Down” yang sering dimainkan di televisyen mahupun di radio.

DSCF2503
London Bridge

Di sini juga terletaknya Tower of London, Istana bersejarah yang memainkan peranan penting dalam pemeritahan British pada zaman dahulu. Diasaskan seawal tahun 1066, menara ini pernah dijadikan sebagai penjara, kediaman diraja dan juga sebagai pusat pemerintahan.

DSCF2482
Tower of London

 

Stamford Bridge

DSCF2138
Lagenda Chelsea, Giofranco Zola

Oleh kerana lokasi Stadium Stamford Bridge yang terletak  berhampiran dengan West Brompton, hari kedua kami di London bermula dengan berkunjung ke stadium pasukan bolasepak Chelsea. Kunjungan berjalan seperti biasa saja sehinggalah kami membuat keputusan untuk masuk ke dalam stadium tanpa sebarang pas atau tiket. Kali ini kami hanya bertiga, aku,Taufiq dan Mira manakala Abah,Umi dan Fahim masih di hotel. Baru saja masuk, kehadiran kami disedari oleh seorang pengawal lalu terus mengarahkan kami untuk keluar. Beliau menyuruh kami bertiga bersama dua orang lagi pengunjung tunggu di luar sementara beliau cuba mencari jika masih ada pengunjung yang cuba menceroboh masuk. Bimbangkan denda yang mungkin dikenakan, kami bertindak lari keluar secepat mungkin. Ketika kami berlari keluar terdengar pengawal lain sedang berhubung melalui walkie talkie mengarahkan untuk mencari perceroboh yang cuba melarikan diri. Kami segera berjalan seperti biasa sambil berharap mereka tidak menyedari kehadiran kami. Mujurlah mereka tidak perasan dan akhirnya berjaya keluar dengan selamat. Hati masih berasa bimbang takut-takut mereka cuba menghubungi polis jadi kami segera menaiki bas ke tempat lain. Kami turun di Hyde Park dan akhirnya barulah hati berasa lega.

20140617_155156
Sempat bergambar sebelum ditangkap menceroboh masuk stadium

 

Portobello Road

DSCF2175

Di Portobello Road kami berpeluang mengunjungi pelbagai kedai barangan antik. Bagi peminat-peminat barangan sebegini, Portobello Road sememangnya destinasi yang sangat ideal. Barangan bundle juga ada dijual tetapi ianya tidak lah semurah di Malaysia kerana kebanyakan barang semuanya berkualiti tinggi. Di penghujung jalan Portobello kami terjumpa sebuah kedai makan  “Makan” yang diusahakan oleh peniaga dari Malaysia.

 

Trafalgar Square

Hari ketiga di London kami berkunjung ke Trafalgar Square dan Royal Albert Hall. Terletak di Bandar Westminster, Dataran Trafagar diberi nama bersempena dengan battle of Trafalgar yang dimenangi oleh Tentera British dalam perang Napoleon pada tahun 1805. Hari ini Dataran trafalgar menjadi tumpuan pelancong dengan adanya National gallery yang menyimpan koleksi hebat lukisan-lukisan dari seluruh dunia. Namun kerana kesuntukan masa,kami tidak  berpeluang untuk masuk  dan hanya berlegar di sekitar dataran.

DSCF2278

Selepas Trafalgar, kami menaiki bas mengelilingi London, berhenti sekejap di tempat-tempat tumpuan, kemudian menyambung balik perjalanan. Kami terpaksa berbuat sedemikian kerana tempoh masa yang agak singkat di London.

20140618_133042

 

Oxford Street

Hari terakhir di London dan juga hari terakhir di Eropah, kami berkesempatan membeli belah di Oxford Street. Jalan ini sememangnya sangat terkenal dikalangan pelancong kerana lambakan pusat membeli belah pelbagai jenis barangan. Boleh dikatakan Oxford Street ibarat syurga kepada penggemar membeli-belah jadi kami juga turut mahu merasainya sekali.

Oxford-Street-Xmas-2014-geograph-4269129-by-Oast-House-Archive
Oxford Street

London pada pandangan aku merupakan sebuah destinasi yang sangat ideal untuk semua pelancong. Akses ke tempat-tempat pelancongan adalah mudah dengan adanya sistem pengangkutan yang sangat sistematik sekaligus memudahkan perjalanan kami diantara satu tempat ke satu tempat lain. Kebanyakan warga tempatan pula ternyata sangat mesra dan tidak kisah meluangkan sedikit masa untuk membantu para pelancong. Peristiwa seorang pemandu bas membuat pengumuman bertanyakan tentang tempat yang kami mahu kunjungi kepada penumpang lain masih segar dalam ingatan. Kami bertambah terharu bila tidak lama kemudian seorang penumpang turun dari tingkat atas dan segera membantu kami.

20140618_131345

 

Bersambung……

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s