Kembara Eropah 2014 Bahagian 5 (Granada,Sepanyol)

20140615_160732
Alhambra

Selepas mengunjungi Stadium Bernabeu, kami terus bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya di Alhambra, Granada. Perjalanan Bas ALSA  dari Estacion Sur De Autobuses Madrid ke Parada De Autobuses De H2 Granada mengambil masa kira-kira 5 jam. Berada di dalam bas untuk tempoh yang agak lama, aku cuba menikmati permandangan disepanjang perjalanan. Apa yang aku perhatikan kawasan di sini kebanyakkannya berlembah dan kering kontang. Cuaca pula panas terik seakan-akan  di Malaysia cuma di sini lebih kering jadi kami tidaklah cepat berpeluh. Sebaik tiba di Stesen bas Granada, kami mengambil bas ke Albaicin dan dari situ berjumpa dengan pemilik rumah yang disewa.

20140614_144357
Berhenti rehat dan makan di Abierto

 

Albaicin

DSCF1730
Suasana Albaicin pada malam hari

Albaicin merupakan salah satu daerah yang terletak di Granada (Selatan Sepanyol) dengan taburan penduduknya tinggal berdekatan kawasan yang berlembah dan berbukit. Albaicin suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan jajahan pemerintahan Islam dizaman kegemilangannya pada zaman pertengahan. Kelihatan masih ada tinggalan-tinggalan sejarah Islam disini. Di Andalusia/Sepanyol, orang Islam lebih dikenali sebagai orang Moors dikalangan warga tempatan.

Keunikan yang jelas ketara di sini adalah lorong-lorong sempit terletak diantara celahan bangunan dan rumah. Lorong ini menjadi laluan utama penduduk tempatan mahupun para pelancong  di Albaicin. Sekali imbas, kebanyakkan lorong kelihatan seakan sama sahaja jadi ianya tidak mudah bagi kami yang baru sampai. Mujurlah sebaik sahaja tiba kami disambut pemilik rumah yang membawa terus ke rumahnya.

th_8e735c5fb9f20d17096a998987c257d7_albaicin0a
Albaicin
20140614_231616
Homestay yang sangat unik dan klasik

Hari ini kami berehat sahaja di rumah dan akan berkunjung ke Alhambra keesokan harinya. Albaicin dan  Alhambra telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1984 menjadikan ia sebagai tarikan utama pelancong diseluruh dunia terutamanya menjelang musim panas. Suasana di Albaicin sangat meriah dengan pelbagai persembahan jalanan dari warga tempatan. Paling menarik perhatian aku ketika itu adalah persembahan lagu-lagu gipsi dari sekumpulan warga muda. Persembahannya cukup bersahaja tetapi sungguh menenangkan jiwa.

 

Alhambra

alhambra3_2168406b

Secara umumnya, Alhambra pada awalnya merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh pemerintah islam pada tahun 889. Pada kurun 13 di bawah pemerintahan Mohammed Ibnu Al-Ahmar sebagai Khalifah Granada, Alhambra menjalani pergubahsuaian sebelum dijadikan sebagai Istana Diraja oleh Sultan Yusuf 1 pada tahun 1333. Alhambra yang dilihat pada hari ini adalah hasil binaan Khalifah terakhir di Sepanyol yang juga dikenali sebagai Dinasti Nasyrid. Pada tahun 1492, pemerintahan Islam di Granada akhirnya jatuh ke tangan Reyes Catholicos.

DSCF1815
Masjid yang diubah menjadi gereja selepas pemeritahan Islam di Granada jatuh ke tangan Kristian

Esok hari kami bergerak ke Alhambra seawal jam 6 pagi untuk membeli tiket masuk. Walapun kaunter hanya akan dibuka bermula jam 830 pagi, kami tidak mahu mengambil risiko menunggu terlalu lama semata-mata untuk membeli tiket. Tekaan kami tepat kerana sebaik sahaja kaunter dibuka, kelihatan satu barisan panjang beratus-ratus meter beratur menunggu giliran untuk membeli tiket. Kami terselamat dan tidak sampai setengah jam sudah berjaya mendapatkan tiket. Alhamdulillah.

DSCF1743
Beratur seawal jam 6 pagi

Alhambra dibahagikan kepada beberapa kawasan seperti Alcazaba, Nasrid Palace, Partal Garden, Torres, Upper Alhambra dan juga Generalife. Apa yang cukup mengkagumkan kami adalah bagaimana Istana ini dibina dengan begitu sempurna pada zaman dahulu. Bahkan pakar dalam bidang arkitektur juga mengakui kehebatan senibina Alhambra terutamanya dari segi ketepatan geometri. Disetiap dinding istana pula dihiasi dengan kalimah-kalimah agung memuji kebesaran Sang Pencipta sekelian alam ini.

DSCF1865

20140616_090730
Generalife

 

 

San Nicholas

DSCF2067
Permandangan Alhambra dari San Nicholas

Bertempat di San Nicholas, Albaicin, permandangan Alhambra pada waktu malam adalah cukup mempersonakan. Perjalanan dari apartmen kami ke San Nicholas tidaklah begitu jauh namun lorong-lorong yang cukup mengelirukan menyebabkan kami sesat hampir 2 jam lamanya. Kami berjaya juga sampai di San Nicholas hasil bantuan seorang warga tempatan yang membawa kami terus ke sana.

Pemerhatian aku sepanjang keberadaan di Alhambra mendapati tinggalan ketamadunan Islam masih jelas kelihatan. Tulisan-tulisan khat, persembahan gipsi malahan tatu yang ditulis dalam bahasa arab membuktikan kebudayaan Islam masih lagi wujud walaupun hanya dari sudut fizikal sahaja.

20140616_091240

Sebagai tempat perlancongan pula Albaicin dan Alhambra adalah tempat yang sangat selesa dan tenang. Kemesraan penduduk tempatan, kemudahan pengangkutan dan paling penting persekitaran yang sangat kondusif untuk para pelancong memungkinkan kami untuk datang lagi pada masa hadapan. Insyallah.

The world is a book, and those who not travel read only a page – Saint Agustine

 

Bersambung….

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s