Kembara Eropah 2014 Bahagian 4 (Madrid,Sepanyol)

Hari ini merupakan hari ke 7 kami berada di Benua Eropah. Kembara kami diteruskan dari Perancis ke Sepanyol pula kali ini. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle dengan pesawat Easy Jet dan tiba di Lapangan Terbang Barajas Madrid yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan. Walaupun hanya sekejap perjalanan, nasib kami tidak berapa baik kerana angin yang agak kuat menyebabkan turbulence ketika pesawat ingin melakukan pendaratan. Mujurlah dengan kecekapan pilot pesawat berjaya mendarat dengan selamat tanpa mendatangkan apa-apa kecederaan

20140611_153458
Lapangan Terbang Madrid

Lapangan Terbang Madrid

Kami menyewa sebuah apartmen melalui carian AirBnB yang terletak berdekatan dengan Royal Palace of Madrid. Hendak dijadikan cerita, teksi yang disediakan di lapangan terbang hanyalah jenis sedan sahaja jadi kami terpaksa berpecah kepada dua kumpulan. Jalan waktu itu agak sibuk menyebabkan teksi yang aku naiki bersama Mira ketinggalan jauh dari teksi satu lagi. Bila saja sampai, barulah aku dan Mira tahu ada berlaku salah faham diantara kedua-dua pemandu teksi yang membawa kami. Akibat salah faham itu kami berdua dihantar ke Westin Palace dan bukan Royal Palace of Madrid. Masalah timbul bila kami sendiri tidak tahu perincian apartmen kerana semuanya ada pada Taufiq. Mulanya kami mencari disekitar sahaja dengan harapan dapat lah berjumpa setidak-tidaknya bangunan Royal Palace. Hampir 45 minit mencari, ternyata jangkaan kami meleset. Sudah pasti Royal Palace berada jauh dari sini. Waktu itu aku mula berasa cemas kerana kami tidak membawa passport dan duit hanya cukup-cukup untuk membuat satu trip teksi sahaja lagi. Polis pula kelihatan ada dimana-mana menambahkan lagi rasa cemas. Mira mencadangkan untuk minum di Starbuck dan disitu dapat membuat carian internet berkaitan apartmen kami. Mujurlah selepas hampir satu jam di sana kami berjaya juga sampai di Royal Palace dengan selamat. Tidak sampai 5 minit berjalan aku terserempak dengan Taufiq yang kelihatan sudah buntu mencari kami. Selama lebih 2 jam terpisah, ayah aku sudah berkira-kira untuk menghubungi kedutaan namun syukur lah semuanya kembali seperti biasa.

DSCF2018

The only souce of knowledge is experience – Albert Einstein

Royal Palace of Madrid

Oleh kerana tempoh yang sangat singkat di Madrid, kami tidak membuang masa dan petang itu kami terus berjalan di sekitar Royal Palace. Istana ini terletak di Calle De Bailen (Jalan Bailen) dimana ianya dikelilingi dataran dan taman seperti Plaza De Orient, Plaza De Armerie dan juga Jardines De Sabatini. Almudena Cathedral pula terletak tidak jauh dari Royal Palace sekaligus memudahkan para pelancong untuk berkunjung ke sana.

Madrid_Royal_Palace_-_Night_View
Royal Palace of Madrid merupakan kediaman rasmi Keluarga Diraja Sepanyol di Kota Madrid. Pada awalnya monumen bersejarah ini merupakan tempat pemerintahan Khalifah Muhammad 1 dari Cordoba (860-880) sehinggalah mereka tewas dalam perang pada kurun ke 11. Pemerintah dari Castille, John 2 kemudian menjadikan tempat ini sebagai kediaman diraja. Pada tahun 1734 istana ini dibakar sebelum Raja Castille, Alfonso 4 membinanya semula dan masih kekal hingga kehari ini.

20140613_175123

Stadium Santiago Bernabeu

Keesokan harinya sebelum bertolak ke Granada, kami singgah sekejap di Stadium Bola Sepak Santiago Bernabeu yang menjadi kebanggaan warga Madrid sejak sekian lama. Hala Madrid!!!

santiago-bernabeu-at-night
Estiago Santiago Benabeu merupakan diantara stadium paling terkenal dan berpestij di dunia. Ia telah menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Eropah sebanyak 4 kali ; 1957,1969,1980 dan 2010. Ia juga menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Negara Eropah (1964) dan Piala Dunia pada tahun 1982. Stadium ini telah dirasmikan pada 14 Disember 1947 dengan kapasiti semasa 81044 penonton.

DSCF1524

DSCF1537

 

Bersambung….

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s